SEMUT HITAM
PARTI MAT SABU JADI BAHAN LAWAK H60K!!!
Hehehe!!! Apa boleh buat. Kalau dah dalam parti Pengkhianat Amanah Negara (PAN) yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu pun dipenuhi dengan Badut, memang patut la diorang jadi bahan lawak.
Dalam Himpunan Fastaqim H60K semalam, rata - rata pemimpin dikalangan puak - puak PAS tu hanya menyindir kepimpinan parti yang diterajui oleh Si Mat Sabu dengan pelbagai cara.
Ada yang membuat sindiran secara berkiasan. Ada jugak yang kutuk secara terang - terangan dengan menyatakan mereka boleh pakai 'Baju Merah' asalkan bukan 'Baju Oren'.
KOTA BHARU - Gurauan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nor Azarizal Mohd Alwi Hazrizal mengenai parti Amanah Negara (Amanah) mengundang gelak tawa daripada hadirin.Ia berlaku apabila Azariza yang lebih dikenali ustaz Ja mengacara majlis santai bersama anak muda di Perhimpunan Fastakim petang ini.
Hazrizal ketika ditanya seorang lagi pengacara mengenai seorang kanak-kanak yang berpakaian merah ketika membuat persembahan berkata, ‘Merah tidak apa, jangan oren’.
Gurauan beliau itu telah disambut gelak tawa oleh penyokong Pas yang hadir.
Tak kurang juga dengan kiasan yang diberikan oleh Presiden PAS, Hadi Awang yang menyifatkan parti itu tidak akan memberikan sebarang ruang kepada mereka yang suka 'Main - Main'.
Kata Si Hadi Awang, parti itu tetap akan berdiri kukuh dan teguh walaupun ada dikalangan mereka yang bertindak membelakangi perjuangan parti serta mengkhianati amanah yang diberikan.
“Parti Islam di Indonesia hanya tidak sampai setahun sudah digulingkan Presidennya, Sukarno. Di Mesir, Ikhwanul Muslimin digulingkan di mana pemerintahannya hanya bertahan setahun lebih. Tetapi parti Pas masih teguh 25 tahun memimpin Kelantan,” katanya yang mendapat laungan takbir daripada hadirin.Bahkan, Hadi Awang juga sempat menyindir, “Kita tidak anggap perjuangan ini susah. Biarkan sesiapa yang tidak tahan, biarkan dia terjun dengan labu-labunya,” katanya.
Jadi, puak - puak Pengkhianat PAS tu sebelum ini sepatutnya cermin diri diorang dulu sebelum nak mendabik dada mengatakan yang diorang ni lebih hebat dari orang lain. Kalau setakat nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri tu, baik tak payah!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.