SEMUT HITAM
PAS NAFI PASANG KAIN RENTANG HINA DAPigs!!!
Desak tetap desak agar Si Nizar Lilin tu ambik tindakan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar akujanji sumpah Bai'ah yang telah dibuat sewaktu Pilihan Raya sebelum ini.
Tapi rasanya, takde la sampai tahap diorang nak pasang kain rentang atau hantar sms menghina Si Nizar Lilin serta pemimpin - pemimpin DAPigs tu sedemikian rupa. Itu dah tak masuk akal namanya.
Atas sebab itu, PAS hari ini menegaskan ada cubaan memfitnah parti itu melalui penyebaran SMS palsu serta pemasangan kain rentang yang mengandungi mesej serupa di tepi jalan utama di Kelantan.
Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, sebaran SMS palsu itu didakwa datang daripada nombor telefon Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, Wan Sukairi Abdullah.
“Kedua-dua SMS dan kain rentang ini mempunyai unsur hasutan kebencian dan ancaman perang serta mesej perkauman dan sentimen ekstrem permusuhan agama.“SMS palsu ini nyata bertujuan membentuk pandangan serong kepada bukan sahaja Wan Sukairi sebagai seorang tokoh dan ustaz yang dihormati oleh masyarakat, tetapi juga menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada Pas oleh kerana beliau seorang pemimpin Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Kain rentang yang dipasang di Kelantan itu juga turut mempamerkan gambar pemimpin - pemimpin kanan DAPigs seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan tulisan ‘Kafir *** Sebenar!’.
Menurut Ahmad Amzad, penyebaran fitnah itu jelas membentuk gambaran yang buruk kepada Pas khususnya dalam kalangan bukan Islam dan rakyat Malaysia yang umumnya cintakan keamanan.
“Pas mengecam perbuatan fitnah yang tidak bertanggungjawab ini dan ia seperti manifestasi bankrap idea oleh pelakunya dalam berdepan secara budiman 'gentleman' dengan Pas yang kini menerima dukungan jelas dari rakyat dan dijadikan tumpuan meminta pandangan dan sokongan oleh rakyat hatta oleh NGO-NGO yang pernah paling keras sikap permusuhannya dan paling setia kepada Umno sebelum ini seperti Perkasa,” katanya.“Yang nyata budiman ketika ini adalah Pas yang terus beristiqamah melapangkan dada menerima kunjungan sesiapa sahaja yang mahu berbincang tentang kepentingan rakyat dan negara kecuali yang nyata khianatnya kepada Pas,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, ada la pihak yang sengaja nak memburukkan imej PAS dan memberi gambaran negatif terhadap parti tersebut. Mungkin itulah bahananya bila selama ini banyak sangat buat musuh dengan orang lain. Maka tak tenteram hidup dibuatnya!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.