Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KERJASAMA DENGAN PERKASA, PAS BUAT 'U-TURN'???

SEMUT HITAM
KERJASAMA DENGAN PERKASA, PAS BUAT 'U-TURN'???
Desas desus mengatakan PAS dan Perkasa akan menjalinkan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang adalah tidak berasas, kata Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Menurutnya, 14 Oktober lalu, Presiden Perkasa telah memaklumkan hasrat beliau kepada rakan-rakan untuk menyusun Barisan Bebas Bersatu bagi menandingi semua kawasan pilihan raya di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya tidak melihat pertemuan di antara pemimpin PAS dan Perkasa 13 Oktober lalu akan membawa kepada apa-apa kerjasama politik pilihan raya di antara mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, hasil pertemuan tersebut hanya sekadar menemukan satu persetujuan berkenaan dengan tiga perkara membabitkan kepentingan rakyat jelata dan ia cukup spesifik.

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, malah pendapat yang mengatakan bahawa lebih elok supaya Pas menjalinkan kerjasama politik dengan Umno berbanding dengan Perkasa adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.
“Bagaimanapun, jika berlaku, perkara ini dijangka tidak akan terjadi dalam waktu terdekat kerana faktor pertimbangan politik dan proses pembuatan keputusan dalam Pas sendiri. “Pilihan raya umum akan datang masih jauh lagi, berbagai-bagai perkembangan yang boleh berlaku antara sekarang hingga ke tarikh itu, jadi adalah lebih bijak untuk Pas tidak memberikan komitmen kepada mana-mana pihak sehingga suasana politik jadi lebih jelas,” katanya.
Kamarul berkata, tambahan pula, perkembangan di dalam UMNO sendiri menunjukkan terdapat keadaan kurang menentu dan perpecahan dalam tampuk kepimpinan parti, jadi adalah tidak munasabah bagi UMNO untuk membuat apa-apa jalinan politik sebelum masalah dalamannya selesai.

Selain itu, apa-apa jalinan kerjasama politik pilihan raya antara PAS dan parti lain juga perlu diputuskan kesesuaiannya mengikut hukum syarak oleh Majlis Syura Ulama’ PAS, dan jika dikehendaki oleh Muktamar PAS. Malah ia mengambil masa.
“Oleh itu, saya tidak melihat betapa kerjasama politik pilihan raya antara Pas dan Perkasa atau antara Pas dan Umno akan terhasil dalam waktu terdekat ini," katanya.
Tambah beliau, adalah lebih bijaksana PAS mengambil masa untuk membuat pertimbangan dan terus membuka pilihan kerjasamanya dengan mana-mana pihak sekalipun, supaya apa-apa keputusan yang diambil akan benar-benar memberi manfaat kepadanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.