Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(7 GAMBAR) H60K: Penyokong Pas membanjiri stadium

CELAH GELEGAR
(7 GAMBAR) H60K: Penyokong Pas membanjiri stadium

KOTA BHARU - Stadium Sultan Muhammad IV dibanjiri ribuan penyokong tegar Pas dari seluruh negara  yang berpakaian t-shirt hijau bagi menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) dan Munajat Perdana di Stadium Muhammad IV.

Sebelum majlis bermula jam empat petang penyokong yang hadir mengambil peluang berehat di kaki lima selain membeli barangan di gerai-gerai yang tersedia.


Ternyata Pas masih mempunyai sokongan padu dari penyokongnya dari pelbagai golongan usia dan mereka juga begitu bersemangat menyertai himpunan julung kali diadakan ini.

Setelah hampir sebulan diwar-warkan melalui kempen dan sosial media, Himpunan Fastaqim atau 60 Ribu (H60K) berlangsung jua hari ini di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Sejak Khamis lalu, ribuan anak-anak muda Pas seluruh pelosok negeri masing-masing mula membanjiri bandar Kota Bharu dengan memakai baju berwarna hijau dan memandu motosikal masing-masing untuk hadir memeriahkan lagi perhimpunan tersebut.

Selain itu, mereka juga turut hadir memberi sokongan kepada beberapa program lain yang turut diadakan di sini walaupun keadaan cuaca tidak menentu di negeri Cik Siti Wan Kembang kini.  Perkara tersebut tidak langsung mematahkan semangat anak-anak muda ini meneruskan pelbagai program yang telah dirancang bersama mereka.

Beberapa jalan utama menuju ke perkarangan Stadium sudah mula sesak sejak dua jam lalu sebelum majlis yang dijangkakan bermula jam 3 petang itu berlangsung.

Kebanyakan anak-anak muda tersebut memulakan perjalanan dari Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) dan seterusnya ke stadium untuk mengikuti program yang telah disediakan untuk mereka petang ini.

Di antara program yang bakal disajikan ialah seperti Pentas Anak Muda, Kesenian Islam dan ucapan pimpinan-pimpinan anak-anak muda yang dijangkakan akan disertai oleh kepimpinan tertinggi anak-anak muda parti Islam itu.

Program tersebut dijangka berlangsung sehingga 6.30 petang sebelum acara seterusnya bermula pada jam 7.00 malam iaitu solat Maghrib, solat hajat dan munajat serta solat Isyak.

Selanjutnya program malam ini akan diteruskan dengan ucapan pemimpin-pemimpin utama parti yang terdiri daripada Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat (DMPP), Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Naib-naib Presiden, Timbalan Mursyidul Am, Mursyidul Am dan Presiden parti itu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.