Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(PENGHARGAAN UNTUK NGO SUDAH) Tapi 100 keluarga mangsa Banjir Kelantan MASIH TINGGAL dalam KHEMAH dan Kem PLKN

CELAH GELEGAR
(PENGHARGAAN UNTUK NGO SUDAH) Tapi 100 keluarga mangsa Banjir Kelantan MASIH TINGGAL dalam KHEMAH dan Kem PLKN

GUA MUSANG: Lebih 100 keluarga mangsa banjir Kelantan, yang masih menghuni kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani dan khemah sementara di Bandar Utama, menagih janji kerajaan membina rumah kekal untuk mereka.

Penduduk mendakwa, selepas 10 bulan ditimpa musibah banjir, kerajaan masih gagal menyediakan kediaman kekal seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Ironinya, biarpun penempatan sementara tidak selesa mereka nekad tinggal dalam khemah atau di kem PLKN, kerana ia disifatkan satu-satunya pilihan yang ada.

Ada di antara khemah yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah rosak akibat pendedahan berterusan kepada cuaca panas dan hujan.

Namun, kerana ketiadaan pilihan, penduduk terpaksa membaiki sendiri kerosakan yang dikesan pada khemah mereka.

"Kami terpaksa mengorek longkang sendiri kebelakangan ini, kerana hujan lebat melanda setiap hari dan kami bimbang air takungan kerana hujan akan memasuki khemah, " luah Ramlah Ismail, salah seorang penghuni khemah.

Seorang lagi penghuni menyifatkan situasi jerebu turut menambah kesengsaraan mereka.

"Sekarang bukan hanya hujan dan panas, ada juga jerebu, kami di sini bersama anak-anak kecil, mereka berdepan risiko kesihatan," kata Ku Amran Ku Mat.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang, Sheikh Razali Sheikh Hamad berharap masalah penduduk tersebut dapat diatasi segera.

Ini kerana mereka dijangka berdepan musim tengkujuh hujung November depan.
Lebih 200 buah rumah kekal baharu diperlukan mangsa banjir di daerah Gua Musang.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.