Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGKHIANAT MAHU PKR TINGGALKAN PAS!!!

SEMUT HITAM
PENGKHIANAT MAHU PKR TINGGALKAN PAS!!!
Ekoran pendirian terbaru yang dibuat oleh kepimpinan PKR untuk terus bekerjasama dengan PAS semalam ternyata mendapat bantahan dari kalangan anggota lain Pakatan Haprak Baru tu.

Kata mereka, tindakan sedemikian membuktikan bahawa kepimpinan PKR masih tidak yakin dengan gabungan Pakatan Haprak Baru yang telah diumumkan oleh Presiden parti itu sendiri.

Malah, mereka juga turut mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang pernah mengkhianati Pakatan Haramjadah tu sebelum ini telah banyak membelakangi PKR dalam beberapa isu yang dibangkitkan.

Putera kepada bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor itu berkata, tindakan itu sepatutnya diambil oleh PKR berikutan PAS yang didakwanya pernah mengkhianati parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Faiz dalam pada itu mengingatkan PKR bagaimana PAS menolak pencalonan Presiden mereka sebagai menteri besar Selangor, meletakkan calon di 5 kerusi yang ditandingi PKR dan menolak untuk mengarahkan ahli memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.
"Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi oleh PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR?"Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar Ibrahim?"Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?" demikia persoalan yang dibangkitkan Faiz. 
Semalam, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PKR akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai agenda sama termasuk PAS atau mana-mana parti lain sekali pun.

Pakatan Harapan merupakan gabungan parti pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah yang ditubuhkan pada 22 September lepas bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur berikutan pertelingkahan antara PAS dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.