Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ZAM SEKOLAHKAN ZAHID HAMIDI] Tegur 1MDB sebab sayang parti bukan provokasi

CELAH GELEGAR
[ZAM SEKOLAHKAN ZAHID HAMIDI] Tegur 1MDB sebab sayang parti bukan provokasi

SHAH ALAM - Tindakan beberapa pimpinan yang membangkitkan tentang kontroversi syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan untuk menimbulkan provokasi sebaliknya kerana sayang akan parti.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya, zamkata.blogspot.com, hari ini mempertikai tindakan Timbalan Perdana  Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegur pimpinan BN berhubung perkara itu.

Teguran dari dalam bukan bersifat provokasi tetapi simpati sayang pada parti. Tidakkah Datuk Zahid terfikir bahawa keraguan terhadap agensi-agensi itu, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Bank Negara dan lain-lain lagi yang sebelumnya mempunyai integriti yang tinggi telah dihakis kredibiliti mereka oleh berbagai tindakan tidak berbudaya dan tidak profesional tetapi lebih bersifat politik?

“Lupakah pada sembahyang hajat pegawai-pegawai SPRM? Rakyat tidak lupa pegawai SPRM ditangkap dan dilepaskan, pegawai tinggi polis dipindahkan dan institusi penyiasatan lenyap tanpa kuburan,” katanya.

Ahmad Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, hak untuk menyuarakan pendapat secara bebas merupakan asas kepada sistem demokrasi yang diraikan namun sebarang kenyataan yang bersifat provokasi tidak seharusnya dijadikan sandaran untuk menggambarkan seolah-olah agensi penguatkuasaan tidak mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan penyiasatan dan melakukan pendakwaan segera.

Menurut Zainuddin, Ahmad Zahid seolah-olah menafikan terus perasaan rakyat dan penyokong-penyokong Umno serta penyokong dari kalangan terpelajar dan penyokong yang tidak berkepentingan.

“Terutama selepas Majlis Raja-Raja sendiri menuntut penjelasan segera mengenai 1MDB,” katanya.

Selasa lalu, Raja-raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat.

Kenyataan itu mendapat reaksi yang positif dari kalangan pemimpin kerajaan dan pembangkang yang menyokong gesaan itu. -SH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.