Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENGKHIANAT YAKIN BERTANDING 3 PENJURU!!!

SEMUT HITAM
PENGKHIANAT YAKIN BERTANDING 3 PENJURU!!!
Parti Pengkhianat yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu katanya bersedia untuk bertanding 3 penjuru menentang PAS dan Barisan Nasional jika keadaan itu memaksa mereka bertindak sedemikian.

Namun, Mat Sabu berkata, partinya akan memberikan peluang kepada PAS sepenuhnya untuk berunding bagi memastikan mereka hanya akan bertanding satu lawan satu dalam PRU akan datang.
"Sebenarnya hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat," katanya kepada The Malaysian Insider pada satu majlis di Skudai, Johor baru-baru ini.
Sebaliknya, Si Mat Sabu tu berkata, parti pimpinannya kini sedang giat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengemasan struktur parti serta menjalankan pendaftaran keahlian.

Susulan pembentukan Pakatan Harapan (PH) dengan menyingkirkan PAS, parti Pengkhianat dan DAPigs menghadapi risiko bertanding 3 penjuru selepas PAS menganggap mereka sebagai musuh.

Parti serpihan daripada PAS, dianggap pengkhianat manakala DAPigs pula musuh selepas hubungan kedua-duanya diputuskan melalui usul tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun lalu.

Sehingga kini, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan PKR hanya melalui Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor pada ketika ini.

Dalam satu kenyataan lain, Si Din Pudu berkata, parti itu akan membuat kajian terperinci terhadap semua kerusi yang mahu ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
"Kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian, bukan main terjah begitu saja. Dan kita hanya akan bertanding di kerusi yang kita rasa boleh menang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.
Katanya, partinya itu lebih bersedia untuk bertanding sedikit kerusi saja tetapi menang, berbanding bertanding banyak kerusi tetapi tidak menang.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.