Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Petua Membeli Adapter Laptop - Jangan Pilih Jenama PAN Warna Oren

CELAH GELEGAR
Petua Membeli Adapter Laptop - Jangan Pilih Jenama PAN Warna Oren
Gambar sebuah adapter laptop berwarna merah telah kelihatan di pejabat media Malaysiakini
Petua Membeli Adapter Laptop - Pilih Yang Tidak Berasal Dari Stesyen TV India!

Saya ternampak gambar sebuah adapter laptop sebentar tadi. Oleh kerana saya menggunakan MacBook Pro, maka adapter tersebut memang tidak sesuai (compatible) untuk laptop saya. Apple ada adapternya yang unik dan tersendiri.

Berikut adalah beberapa “tips” memilih atau membeli adapter laptop yang diberikan oleh seorang Sifu komputer yang enggan dikenali:

1. Pastikan adapter tersebut TIDAK berwarna oren. Ini kerana warna oren akan menjadikan pengguna hilang daya kreativitinya. (Panduan ini sangat berguna khususnya kepada para perekacipta logo, kata Sifu).

2. Pastikan anda sudah berkahwin sebelum membeli adapter laptop yang berwarna oren. Menurut kajian dari sebuah makmal elektronik di Bangladesh, penggunaan adapter dengan warna ini kemungkinan besar boleh menjadikan seseorang pengguna hilang daya kejantanannya. (Saya ingat Sifu saya kata “hilang ingatan”). Alasan beliau, warna oren melambangkan seseorang yang tidak tetap pendirian dan selalu mengalah bila menghadapi cabaran-cabaran besar. Warna ini hanya sesuai bagi orang-orang yang lebih suka memilih jalan selamat sahaja.

3. Pastikan juga pengguna-pengguna lain adapter ini bukan berasal dari syarikat lain yang kecewa atau putus asa kerana tidak dipedulikan di syarikat asal mereka. Ini kerana “proposal” mereka supaya syarikat memilih adapter berwarna oren telah ditolak oleh pihak pengurusan (kerana syarikat merupakan pengeluar utama adapter berwarna hijau yang lebih berkesan, diminati ramai dan sudah terkenal dalam pasaran).

4. Jangan rujuk kepada mana-mana pegawai teknikal daripada Pengurusan Adapter Nasional (PAN) untuk mendapatkan panduan membeli adapter. Sifu berkata ramai kawan-kawan dia bagitau, pihak PAN ini tidak kompeten dan profesional dalam bidang penggunaan adapter. Tambahan pula, pihak PAN sentiasa bergaduh sesama sendiri dan juga sesama rakan-rakan kongsi mereka, iaitu pihak Departmental Adapter Provider (DAP) dan juga pihak Pengeluaran Komputer Rangkaian (PKR). Mereka asyik bertegang urat dan berbalah sejak hari pertama mereka tubuhkan syarikat kerjasama mereka yang sampai ke hari ini masih belum berdaftar secara rasmi.

5. Periksa betul-betul tempoh waranti adapter tersebut. Sifu berkata dia mendapat maklumat bahawa adapter berwarna oren tidak tahan lama. Ini kerana ia diperbuat oleh bahan-bahan recycle (kitar semula) yang diambil dari komponen-komponen adapter syarikat lain yang telah rosak dan dibuang. Menurut info yang saya perolehi, ada sisa-sisa toksik pepejal yang terbentuk apabila adapter berwarna oren ini dipasang (assembled).

6. Pastikan tulisan dan cara penggunaan adapter tersebut dicetak dalam Bahasa Melayu. Ini kerana kebanyakan adapter berwarna oren dari syarikat X menggunakan Bahasa Tamil yang tidak sempat diterjemahkan kepada Bahasa Melayu. Ada jenapa adapter lain yang berwarna merah putih, tetapi ia telah dimonopoli oleh DAP. Jadi, jenama adapter yang bertulisan Tamil adalah satu-satunya yang masih ada di pasaran. 

7. Jangan tertipu dengan pembungkusan dan pemasaran produk adapter berwarna oren ini. Pihak pengeluar terlampau panik dan kalut hendak mencapai sasaran jualan dan pengguna sehingga mereka sanggup mencetak puluhan ribu borang pendaftaran pengguna dengan testimoni-testimoni palsu. Ini satu strategi dan taktik pemasaran yang sering dilakukan oleh syarikat yang bermasalah dan hampir gulung tikar. Sehingga ada di kalangan pengarah dan pemegang saham mereka terpaksa turun padang sama - untuk pengguna-pengguna berpendapatan rendah, mereka berkempen di warung-warung kopi, manakala untuk prospek-prospek yang lebih berada, mereka anjurkan simposium dan jual meja dinner.

8. Tips terakhir dari Sifu adalah supaya menjauhkan mana-mana pengeluar adapter yang memasang cita-cita tinggi untuk berkuasa di mana sahaja syarikat yang mereka berurusniaga. Bila kuasa menjadi matlamat utama mereka, mereka tidak akan teragak-agak untuk mensabotaj syarikat lain, mencuri kakitangan , menciplak produk dan berkompromi dengan siapa sahaja, walaupun dengan pihak musuh. Membeli adapter dari syarikat seperti ini secara tidak langsung hanya akan menguntungkan pihak musuh sahaja.
Sifu saya ingin memberi lebih banyak garispanduan lagi, akan tetapi mendengar lapan sahaja Tips ini, saya percaya nenek saya sendiri tidak akan membeli adapter berwarna oren ini. (Untuk makluman, nenek saya sudah meninggal dunia, semoga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas ruh beliau).
Justeru itu, kepada sesiapa yang sedang mencari adapter baru untuk laptop mereka, saya nasihatkan berhati-hatilah ketika memilih adapter.

Jangan tertipu.

Pastikan ia adalah original!
Dan bukan berwarna oren!
============
(Saya baru teringat, gambar sebuah adapter laptop berwarna merah telah kelihatan di pejabat media Malaysiakini. Entah siapa yang muatnaik gambar tersebut).

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.