Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAFIZI BAKAL DIGUGURKAN???

SEMUT HITAM
RAFIZI BAKAL DIGUGURKAN???
Sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan, kata sumber parti.

Sumber itu berkata, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini. 
"Pimpinan utama parti menerima mesej berbunyi 'I want blood' (saya mahukan darah) untuk menyelesaikan krisis ini," kata seorang pemimpin kanan PKR kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Sumber memberitahu, dipercayai mesej itu dihantar kumpulan bertentangan untuk menekan Presiden PKR ekoran bantahan mereka terhadap pengumuman pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini.

Menurut sumber, selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.
"Jika ini diluluskan oleh MPP, dalam pilihan raya umum akan datang, PKR tidak akan bertembung dengan PAS tetapi PAS bebas meletakkan calon di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh rakan PKR dalam Pakatan Harapan iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)," kata sumber itu.
Cadangan ini katanya ternyata jauh berbeza dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan Amanah iaitu kerjasama Pakatan Harapan dan PAS agar tidak ada pertembungan sesama mereka.

Sebelum ini, 25 orang pemimpin PKR membuat petisyen mendesak Presiden parti agar mengadakan mesyuarat khas ekoran pengumuman mengenai pembentukan Pakatan Harapan.

Pengumuman mengenai pembentukan itu telah dibuat sejurus selepas persidangan meja bulat parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa kehadiran PAS baru-baru ini.

Namun menurut sumber itu juga, sehingga kini sekurang - kurangnya 7 anggota MPP yang menandatangani petisyen itu membuat 'Pusingan U' dan menghubungi Wan Azizah untuk memohon maaf.

Sumber berkata, mesyuarat khas pada Ahad ini juga dijangka akan berlaku pertembungan kuasa di antara penyokong Azmin Ali dan penyokong Rafizi di samping menguji sejauh mana kesetiaan ahli MPP terhadap Presiden.

Difahamkan, pihak yang mahukan PAS menyertai gabungan baharu itu tidak berpuas hati terhadap pengumuman Wan Azizah dan mendesak supaya diadakan mesyuarat khas dengan segera. 

Desakan yang dibuat melalui petisyen itu menyebabkan wujudnya persepsi seolah-olah 25 anggota MPP itu daripada lebih 50 ahli melakukan undi tidak percaya kepada Dr Wan Azizah.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.