Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SENDIRI KASI NAIK, SENDIRI KASI TURUN!!!

SEMUT HITAM
SENDIRI KASI NAIK, SENDIRI KASI TURUN!!!
Heh! Memang betul la ada orang kata yang Si Menteri Besar Cap Ayam ni bijak orangnya. Malangnya asal nama dia dari PKR, maka bijak dia tu memang tak ke mana. Lebih kurang sama macam Si Rafizi tu je.

Hakikatnya, diorang ni hanya setakat Bijak Menipu Rakyat. Itu je kemahiran yang diorang miliki untuk terus menjaja polemik Politik Longkang dikalangan rakyat di Malaysia pada ketika ini.

Semua yang diorang buat hanya sekadar RETORIK semata - mata untuk menunjukkan yang diorang lebih baik dari pihak Kerajaan Barisan Nasional melalui langkah - langkah Populis mereka.

Sebagai contoh, tindakan syarikat konsesi lebuhraya yang telah menaikkan kadar tol baru - baru ini. Selepas pendedahan dibuat, baru la diorang menggelupor tak tentu arah mencari alasan.

Dari apa yang sudah kita ketahui, tindakan menaikkan kadar tol itu adalah kerana mereka mendakwa Kerajaan Pusat enggan membayar pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.


Hanya selepas beberapa pihak mendedahkan bahawa Rejim Pakatan Selangor tu mempunyai kepentingan dalam syarikat konsesi berkenaan, baru la MB Cap Ayam tu nak ambik tindakan.

Maka mula la Si Menteri Besar Cap Ayam tu menjaja polemik Politik Longkang dia dengan mengarahkan syarikat terbabit agar menurunkan kadar tol yang telah dinaikkan sebelum ini.

Dengan menggunakan taktik 'Wayang Pacak' untuk kelirukan rakyat, MB Cap Ayam tu pun guna la alasan KONONnya Rejim Pakatan Selangor tu hanya ada 'Saham Minoriti' dalam syarikat konsesi terlibat.
"Atas sebab itu, PKNS dan KPS telah diminta untuk memanggil mesyuarat khas lembaga pengarah bagi kedua-dua konsesi tol ini bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu kenaikan kadar tol," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini hari ini.
Nah! Sekarang cuba korang bayangkan sekiranya tidak ada pendedahan yang dibuat. Adakah Si Menteri Besar Cap Ayam tu akan membuat keputusan dan mengambil tindakan sedemikian?

Atau, adakah dia hanya akan mendiamkan diri dan membiarkan rakyat terus memberikan persepsi buruk terhadap Kerajaan Pusat dengan dakwaan Songsang yang dijaja oleh Pakatan Haramjadah tu?

Kesimpulannya, yang menaikkan kadar tol tu adalah syarikat konsesi yang terlibat, bukannya sebab desakan dari pihak Kerajaan Pusat. Jadi, tak payah la puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak buat dakwaan untuk mengelirukan rakyat dan menyalahkan orang lain pulak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.