Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SIDANG MEDIA DILABEL 'TERDESAK' DAN 'KECEWA'!!!

SEMUT HITAM
SIDANG MEDIA DILABEL 'TERDESAK' DAN 'KECEWA'!!!
Ekoran sidang media tergempar yang diketuai oleh Tun Mahathir hari ini, ternyata banyak persepsi diterima dari kalangan rakyat khususnya pengguna - pengguna di laman media sosial.

Malah pelbagai spekulasi positif dan negatif diterima dari kalangan mereka yang memberikan pandangan terhadap sidang media yang turut dibarisi kepimpinan UMNO itu tengahari tadi.

Ada yang mendakwa tindakan mereka yang terlibat dalam sidang media itu dilihat sebagai agenda 'terdesak' mahu menjatuhkan Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri pada ketika ini.

Tak kurang juga yang menyifatkan tindakan mereka sebagai satu retaliasi terhadap kekecewaan sesetengah pihak yang tidak mendapat kuasa dan digugurkan dari jawatan masing - masing.

Bahkan, ada juga dikalangan pengguna media sosial yang mendakwa, sidang media tersebut diadakan bagi membela kroni untuk mengelakkan mereka yang terlibat dari membocorkan rahsia.

Selain itu, rata - rata pengamal media sosial juga turut memberikan pandangan negatif terhadap kepimpinan UMNO yang terlibat dan melabelkan mereka sebagai 'Pengkhianat' parti.

Disatu pihak pulak, ramai juga yang menyatakan bahawa tindakan Tun mengetuai sidang media tersebut sebagai satu langkah Berani demi menegakkan kebenaran disebalik isu 1MDB.

Ada juga yang memuji tindakan pemimpin - pemimpin UMNO yang terlibat yang dilihat berani tampil ke hadapan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Kerajaan pada ketika ini.

Pokok pangkalnya, sidang media yang diadakan pada tengahari tadi wajar dianggap sebagai 'Serangan Terakhir' dari pihak Tun Mahathir terhadap kepimpinan Kerajaan yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri.

Dan kesimpulan mudahnya, takde satu pun pandangan atau persepsi yang dibuat dan diberikan mampu untuk mengukuhkan kembali keyakinan rakyat terhadap kepimpinan UMNO. 

Dalam erti kata lainnya, tak kira la sama ada mereka menyokong Tun atau pun Perdana Menteri. Dua - dua pihak hanya sekadar merosakkan UMNO. Jadi, siap sedia la untuk terima kepimpinan Pakatan Haramjadah yang dikelapai oleh DAPigs tu tak lama lagi!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.