Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mula Bertugas Esok, Akan Jumpa Zeti dan Ketua-ketua Pasukan Penyiasat Khas 1MDB

CELAH GELEGAR
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mula Bertugas Esok, Akan Jumpa Zeti dan Ketua-ketua Pasukan Penyiasat Khas 1MDB

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim mahu berjumpa dengan ketua-ketua agensi yang membentuk pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB.

"Saya tidak kisah jika mesyuarat diadakan dan saya mahu berjumpa dengan ketua-ketua badan petugas khas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Peguanm Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa badan petugas khas itu tidak pernah dibubar atau dihapuskan.

Abu Kassim bagaimanapun tidak menyatakan bila rancangannya untuk berjumpa dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bercakap kepada wartawan di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini, katanya, beliau akan memulakan kerjanya esok.

"Saya akan mula kerja dan tangani perkara-perkara penting,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut.

Beliau juga memaklumkan dirinya akan bercuti selama seminggu minggu depan.

Abu Kassim, yang lama tidak beraksi sejak menjalani pembedahan untuk membuang pertumbuhan di tulang belakang pada 7 Ogos, berkata beliau tidak akan bekerja sepenuh masa untuk seketika.

"Sama seperti permainan bola sepak. Saya tidak boleh bermain sepenuh masa, hanya separuh masa," katanya secara berseloroh.

Menurut Abu Kassim, beliau memerlukan tempoh sebulan sebelum ia boleh bekerja sepenuh masa.

Bagaimanapun, beliau kelihatan lebih sihat hari ini berbanding penampilan awam terakhirnya pada 1 Oktober, apabila memerlukan tongkat, dan tidak boleh berdiri cukup lama untuk membaca ucapannya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.