CELAH GELEGAR
[TERKINI] MP Rompin pengerusi PAC baru
Anggota parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin akan mengambil alih jawatan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) apabila parlimen bersidang Isnin depan.
Perkara itu dinyatakan dalam susun atur persidangan yang dilihat Malaysiakini.
Lantikan Hasan ditetapkan sebagai agenda kedua pada hari itu dan akan dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum itu, Najib akan mencadangkan agenda pertama untuk melantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi, Presiden MIC Dr S Subramaniam dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail ke sebuah jawatankuasa khas parlimen.
Mereka akan menggantikan anggota parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anggota parlimen Cameron Highlands MP Datuk Seri G Palanivel dan bekas ketua pembangkang yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jawatan pengerusi PAC sebelum ini disandang oleh anggota parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamad, yang kini dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Hasan seorang anggota baru Dewan Rakyat yang memasuki parlimen selepas menang pilihan raya umum Mei lalu.
Beliau enggan mengesahkan lantikan itu buat masa ini.
“Saya tidak tahu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dengan lantikan itu, beliau dijangka menjadi tumpuan dalam siasatan PAC sekitar kontroversi 1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri yang sarat hutang. -MK
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.