Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TIPAH KOYAK GAGAL LAGI!!!

SEMUT HITAM
TIPAH KOYAK GAGAL LAGI!!!
Diantara tugas paling penting bagi seorang peguam adalah untuk kemenangan dan kebenaran berpihak kepada Anak Guamnya berdasarkan kepada hujah serta bukti yang kukuh.

Tugas itu perlu menjadi keutamaan bagi mana - mana peguam berlandaskan kepada sistem perundangan Negara. Tapi nampak gayanya, perkara itu GAGAL dilaksanakan oleh Si Tipah Koyak.

Ianya berikutan tindakan pihak Mahkamah Rayuan menolak permohonan yang difailkan oleh Si Ketua Penipu tu terhadap dakwaan menyertai perhimpunan BERSHIT 3.0 sebelum ini.
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April 2012 kerana mendapati rayuan beliau tidak mempunyai asas.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata rayuan Anwar tidak dapat dipertahankan dan didapati tidak berasas berikutan keadaan yang wujud bagi tiga tuduhan yang dikenakan terhadap beliau di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA).

Beliau merujuk kepada fakta bahawa bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dibebaskan tetapi tidak dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 10 Jan tahun lepas daripada kesemua tiga tuduhan berkaitan perhimpunan berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 28 April 2012.


Menurut undang-undang, seseorang yang dibebaskan tetapi tidak dilepaskan, adalah tidak bebas sepenuhnya kerana dia boleh dikenakan semula pertuduhan.
Nah! Secara tidak lansung, keputusan pihak Mahkamah Rayuan itu membuktikan Si Tipah Koyak selaku salah seorang Peguam PKR telah GAGAL untuk menjalankan tugas dia dengan baik.

Jadi, tak payah la Si Tipah Koyak tu nak meroyan tak tentu arah dan mendabik dada kononnya dia lebih baik dari orang lain. Kalau setakat tau memaki hamun kakitangan Pejabat Pendaftaran Negara je, baik tak payah nak tunjuk hebat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.