Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PENGERUSI PAC KAMPUNG NAK MESYUARAT SORANG2?] Ahli Jawatankuasa PAC Tidak Diberitahu Tentang Mesyuarat Pada Isnin

CELAH GELEGAR
[PENGERUSI PAC KAMPUNG NAK MESYUARAT SORANG2?] Ahli Jawatankuasa PAC Tidak Diberitahu Tentang Mesyuarat Pada Isnin

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendakwa tidak dimaklumkan tentang mesyuarat pertama yang akan diadakan pada Isnin walaupun pengerusinya yang baharu dilantik, Datuk Hasan Arifin sudah membuat pengumuman mengenainya.
Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw (DAP) berkata, mereka hanya mengetahui tentang mesyuarat itu melalui hebahan media.
"Sebenarnya berkenaan mesyuarat Isnin nanti tidak ada lagi dibincang dengan kami.
"Kami tidak diberitahu apa-apa lagi...Kami tidak tahu apa-apa ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.
Seng Giaw yang juga ahli Parlimen Kepong itu berkata, Hasan sama sekali tidak berjumpanya secara rasmi untuk memaklumkan tentang mesyuarat tersebut.
"Dia (Hasan) masih belum bercakap dengan saya secara rasmi, tidak ada," katanya.
Mesyuarat PAC yang seterusnya ditunggu-tunggu banyak pihak terutama bagi yang mahu mendapatkan perkembangan siasatan jawatankuasa itu ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  yang digantung susulan pelantikan pengerusi terdahulu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam kabinet.
Selain Nur Jazlan, tiga ahli PAC lain yang dilantik ke dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Reezal Merican Naina Merican, Mas Ermieyati Samsudin dan Wilfred Madius Tangau.
Isnin lalu Dewan Rakyat dimaklumkan mengenai pelantikan lima ahli PAC yang baru membabitkan wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Lima yang berkenaan ialah Dr Makin Mojigoh (Putatan) menggantikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Madius Tangau,  Ahmad Hamzah (Jasin) akan menggantikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan manakala  Nawawi Ahmad (Langkawi) akan mengambil alih kerusi Timbalan Menteri Luar Reezal Merican Naina Merican.
Selain itu Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah) pula dilantik menggantikan Timbalan Menteri Kewangan,  Chua Tee Yong yang melepaskan jawatan tersebut pada 25 Jun 2014.
Sementara itu,Takiyuddin Hassan (Kota Baru) menggantikan tempat Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar yang menyertai PKR.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.