Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TIBA - TIBA, NAMA HUSAM JADI SEBUTAN???

SEMUT HITAM
TIBA - TIBA, NAMA HUSAM JADI SEBUTAN???
Pelik juga. Walaupun dalam laporan yang disiarkan sebelum ini tidak menyebut nama mana - mana pihak, tapi kenapa pulak nama Si Husam tu yang menjadi sebutan dikalangan masyarakat?

Semalam, satu laporan yang juga turut disiarkan melalui laman portal media mendedahkan kesediaan Rejim PAS Kelantan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM.

Kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan itu dibuat ekoran laporan penyelewengan salah seorang ADUN di Negeri tersebut yang didakwa terlibat dalam aktiviti pembalakan.


Laporan berkaitan dengan penyelewengan itu telah dibuat oleh salah seorang anggota SAMM yang mendakwa seorang ADUN berpangkat Datuk terlibat dalam skandal pembalakan.

Malah laporan itu juga turut menyebut, ADUN berkenaan telah menggunakan nama salah sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh Rejim PAS Kelantan itu bagi memenuhi tujuan tersebut.

Rata - rata, ramai pihak mula menyebarkan khabar angin KONONnya individu yang terlibat dalam kes itu ialah Husam Musa yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Malah perkara itu juga turut dikaitkan dengan 'kekayaan melampau' yang dimiliki oleh Si Husam Musa tu pada ketika ini. Dari mana dia dapat duit sebanyak itu bagi menampung kehidupan dia?

Itu diantara persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat terutamanya dikalangan pengguna laman media sosial yang melihat Bekas Naib Presiden PAS itu pernah terpalit dengan kes berkenaan.

Jika dilihat sewaktu banjir besar yang melanda Negeri Kelantan tu sebelum ini, Si Husam Musa tu turut didakwa berbelanja diluar kemampuan dirinya sebagai seorang ADUN Biasa.

Maka tak hairan la kenapa nama dia turut menjadi sebutan dikala pihak SPRM memulakan siasatan dan perkara itu menjadi persoalan dikalangan rakyat. Jika benar spekulasi yang disebarkan, maknanya, Si Husam tu takde la baik sangat seperti yang cuba digembar - gemburkan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.