Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[Tulisan Terbaru Datuk Saifuddin SELEPAS Keluar UMNO] NIAT & IDEALISME PERJUANGAN UNTUK PERUBAHAN SEBENAR

CELAH GELEGAR
[Tulisan Terbaru Datuk Saifuddin SELEPAS Keluar UMNO] NIAT & IDEALISME PERJUANGAN UNTUK PERUBAHAN SEBENAR

NIAT & IDEALISME PERJUANGAN UNTUK PERUBAHAN SEBENAR
Saifuddin Abdullah
Saya menceburi politik dengan niat dan idealisme perjuangan yang jelas, iaitu untuk mencapai objektif politik yang lebih tinggi, iaitu membina Malaysia yang lebih baik buat semua rakyat – Negara Ulung (Great Nation) yang makmur dan bahagia.
Maksud Negara Ulung ialah: 
(1) berlandaskan teras-teras utama: wawasan para pengasasnya, keluhuran Perlembagaan, pemikiran politik dan pembangunan yang demokratik dan progresif, berpijak atas Realiti Baru hari ini, dan mendepani zaman; 
(2) berasaskan nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Rukunegara, kebenaran dan keadilan, budaya ilmu, lunas undang-undang, integriti dan inklusiviti; 
(3) dekat dengan denyut nadi rakyat, mendengar rintihan dan suara rakyat, menghakupaya potensi dan bakat rakyat, menyelesaikan masalah-masalah rakyat, dan yang rakyat-pemimpin bekerjasama sebagai rakan-kongsi bina-ibu pertiwi; 
(4) bebas daripada skandal besar (1MDB, derma 2.6 bilion).
Ini memerlukan perubahan sebenar yang melibatkan pandangan alam, pemikiran dan kerangka baru. Untuk merealisasikannya, ia memerlukan dua perubahan utama: perubahan politik dan reformasi institusi.
Perubahan politik: Antaranya, 
(1) meningkatkan proses pendemokrasian yang komprehensif; 
(2) berubah daripada politik lama kepada Politik Baru; 
(3) berubah daripada konfigurasi “consociationalism” (politik tawar-menawar dan pembahagian kerja antara kaum model BN) kepada konfigurasi baru – “centripetalism” (pemikiran politik kesederhanaan dan centrist pelbagai-kaum yang sebenar dan berpijak di bumi nyata, yang dibangunkan PKR/PH).
Reformasi institusi: Antaranya, 
(1) mengembalikan kedudukan ketiga-tiga institusi utama negara (legislatif, eksekutif dan judiciary) ke tempat dan peranannya yang sebenar; 
(2) memperbaiki dasar-dasar awam (contohnya migrasi daripada “dasar-dasar berasaskan-ras” kepada “dasar-dasar berasaskan-keperluan”, penghayatan integriti dan meritokrasi); 
(3) mengembalikan dan melonjakkan kecemerlangan institusi-institusi awam (contohnya perkhidmatan awam, pendidikan, agama dan budaya, hubungan antarabangsa).
Perkara-perkara ini dibincangkan dengan bernas dan cerdas di kalangan rakyat. Ia diperjuangkan oleh parti-parti pembangkang, seperti Keadilan, dan masyarakat sivil (CSO). Saya mempunyai idealisme dan memperjuangkan perkara fundamental yang sama sejak muda.
Tetapi, saya tidak melihatnya dibincangkan secara substantif atau komprehensif oleh UMNO/BN (walaupun ramai ahli UMNO/BN, sebenarnya, jauh di lubuk hatinya, punya aspirasi yang hampir sama).
Untuk mencapai perubahan sebenar, kita perlu kepada “gabungan minda” (coalition of minds) antara parti-parti pembangkang, masyarakat sivil (CSO), semua pihak berkepentingan dan seluruh rakyat (termasuk ahli-ahli UMNO/BN).
Justeru, dengan niat dan idealisme perjuangan yang jelas untuk mencapai objektif politik yang lebih tinggi, maka, saya membuat keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat./

DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.