Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

USAHA HALANG TSMY HANYA KHABAR ANGIN???

SEMUT HITAM
USAHA HALANG TSMY HANYA KHABAR ANGIN???
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan khabar angin yang mengatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dihalang dari merasmikan Perhimpunan Agung Sayap semasa Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.

Khabar angin itu kini diperkatakan gara-gara kelantangan Muhyiddin menyuarakan pandangan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), terutama selepas beliau tidak lagi bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai termasuk ahli Umno untuk tidak percaya khabar angin tersebut dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
Saya tak ada dengar pun, itu khabar angin. Anggap sahaja sebagai khabar angin,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI), yang dipengerusikan bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di sini, hari ini.
Manakala Mukhriz ketika disoal oleh pihak media juga turut menyifatkan bahawa dakwaan itu hanya sebagai khabar angin yang tidak dapat disahkan kepastian kerana sekadar menjadi bualan.
Kita dengar macam itu, tetapi tiada kepastian,” katanya.
Mengikut tradisi dan kebiasaan UMNO, Timbalan Presiden akan merasmikan perhimpunan serentak sayap Pemuda, Wanita dan Puteri setiap kali Perhimpunan Agung parti itu diadakan.

Laporan yang disiarkan oleh pihak media, khabar angin mengenai perkara itu hanya dibuat selepas program Bicara Minda yang telah dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO itu sebelum ini.

Dalam erti kata lainnya, yang mencetuskan khabar angin mengenai perkara itu pun bukannya orang lain. Sebaliknya, tuan empunya diri jugak yang bawak cerita tu. Bukannya orang lain. Jadi, baik tanya pada tuan empunya diri la sama ada betul atau pun tidak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.