CELAH GELEGAR
[KECAMAN ZAHID SUDAH TIADA DI BH ONLINE] Berita “Muhyiddin Diminta Keluar UMNO Secara Sukarela – TPM” DITARIK BALIK?
KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2015 – Akhbar berita perdana, Berita Harian hari ini menarik balik berita online liputan rencana mereka bertajuk “Muhyiddin Diminta Keluar UMNO Secara Sukarela – TPM”.
Rencana tersebut berkaitan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibuang dari pejabat akhir Julai 2015.
Kenyataan keras lagi lantang Zahid, TPM yang baru saja dilantik tidak sampai tiga bulan itu diambil oleh Berita Harian selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia di Dataran Merdeka semalam, Zahid mahukan Muhyiddin keluar dari UMNO dan dinasihatkan tidak perlu bernostalgia terhadap sesuatu sudah berlaku tapi tidak menjadi realiti.
Foto : Rencana asal Berita Harian mengenai kenyataan Zahid
Muhyiddin sebelum ini menyatakan dalam program anjuran Sinar Harian di Hotel Grand Bluewave Johor Bahru bahawa Rakyat Malaysia dan ahli-ahli UMNO sedia maklum bahawa beliaulah ‘King Maker’ yakni penyebab utama Dato’ Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri semasa proses peralihan pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kenyataan Muhyiddin itu sedikit sebanyak meletakkan senario politik negara dalam keadaan ‘lebih panas’ kerana secara majoriti Rakyat Malaysia melihat jelas sikap jijik Najib menyingkirkan Muhyiddin dan meletakkan Zahid sebagai pengganti bercanggah dengan ajaran Islam dan budaya Melayu.
Hanya segelintir sahaja pemimpin UMNO yang masih taksub dan masih tidak nampak bahawa sokongan untuk mengangkat Najib Razak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu sama seperti melepaskan anjing yang tersepit.
Foto : Portal Berita Harian Online setelah rencana diturunkan
Persolannya sekarang, siapa yang mengarahkan rencana itu diturunkan? Lazimnya, dalam dunia kewartawanan, sesuatu kenyataan itu boleh ditarik balik oleh orang yang membuat kenyataan itu sendiri.
Jika benar ‘arahan’ untuk menurunkan rencana itu adalah arahan Zahid, ini bermaksud Zahid masih melihat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO lebih ‘Senior’ yang dihormati lagi paling layak untuk memimpin Malaysia, Barisan Nasional dan UMNO selepas ini.
Ini juga bermaksud Muhyiddin adalah gabungan dan peluang terbaik Zahid serta seluruh kepimpinan UMNO mencabar Najib Razak, Presiden UMNO yang kini ditentang dan dicemuh ramai baik dari dalam atau luar negara. – myNewsAsia
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.