Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUDAH JE PKR LUDAH MUKA PAS!!!

SEMUT HITAM
MUDAH JE PKR LUDAH MUKA PAS!!!
"Pakatan Rakyat (PR) sudah mati!" Demikian kata seorang pemimpin PKR hari ini selepas Timbalan Presiden PAS mendakwa gabungan itu masih hidup walaupun hanya mempunyai 2 ahli.
Katanya, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, mahupun Majlis Presiden juga urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.
"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR.
Saifuddin hari ini juga turut berkata, mungkin pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang telah dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat diantara PAS dan PKR itu mungkin berbeza.

Bahkan PKR yang telah mengadakan sebanyak 4 pertemuan dengan PAS setakat ini, semuanya hanya diketuai oleh Presiden PKR dan tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Presiden PAS.

Walaubagaimana pun, PKR mengesahkan bahawa tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika mesyuarat itu diadakan melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa.

Selain itu, Saifuddin juga menegaskan bahawa adalah menjadi dasar PKR untuk mengekalkan pendekatan terbuka terhadap semua parti yang bertekad menumbangkan Barisan Nasional.

Dalam erti kata mudahnya, PAS hanya sekadar 'Syok Sendiri' je bila mendakwa KONONnya gabungan mereka dengan PKR tu masih mengekalkan Pakatan Rakyat. Tapi, apa boleh buat. Kalau kita kata diorang ni jenis manusia yang tak sedar diri, diorang marah pulak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.