Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ZALIM] Dulu Dia Pimpinan Tertinggi Polis Cawangan Khas, Sekarang Dilabel 'Musuh Negara' oleh Penjilat Tegar

CELAH GELEGAR
[ZALIM] Dulu Dia Pimpinan Tertinggi Polis Cawangan Khas, Sekarang Dilabel 'Musuh Negara' oleh Penjilat Tegar

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau tidak akan menarik diri daripada terus mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun kini dilabel sebagai 'musuh negara'.

Beliau berkata keputusan yang dibuatnya pada Ogos lalu untuk secara terbuka mengecam siasatan kerajaan ke atas firma pelaburan negara yang sedang bergolak itu adalah sesuatu yang menyakitkan yang memerlukan perbincangan dan pemikiran mendalam, tetapi ia satu pengorbanan bernilai.


"Setelah berkhidmat dengan kerajaan yang sama di bawah empat perdana menteri selama lebih dari 36 tahun, sesungguhnya saya percaya, kebanyakan orang akan berfikir adalah tidak bijak bagi seseorang seperti saya untuk 'lawan tauke'. Lebih-lebih lagi apabila 'swansong' (hari-hari terakhir untuk bersara) saya hanya tinggal beberapa bulan lagi.



"Minda pemikiran rasional berkata saya sepatutnya diam dan membiarkan 1,000 hari tempoh perkhidmatan saya berlalu pergi dalam sebuah pejabat yang besar dan selesa di Putrajaya," katanya dalam satu surat terbuka bertarikh 6 Oktober yang ditunjukkan kepada The Star.

Bekas polis ini berkata, walaupun hilang ramai kawan disebabkan perbuatannya, beliau tidak mahu berdiam diri kerana ia tidak akan memberikan apa-apa keselesaan kepadanya yang pernah melalui detik-detik indah semasa berkhidmat dengan kerajaan.

"Kawan menjadi lawan, telefon kurang berdering, tiada lagi panggilan dari bekas rakan-rakan dan orang bawahan saya...Tak apa, itu tak mengapa bagi saya.

"Terima kasih terhadap pelbagai latihan yang saya lalui selama ini, masa berlalu dan keazaman saya semakin kuat,"
katanya.

Abdul Hamid berkata bercakap secara terbuka telah meletakkan beliau berisiko ditumbuk atau ditembak oleh penyokong kerajaan setiap kali dia melangkah keluar untuk makan.

"Setelah menyedari beberapa kemungkinan, saya mengambil langkah berjaga-jaga... sudah tentu saya tidak boleh menyamar dengan rupa 'ah-pek' saya," kata beliau merujuk wajahnya yang mempunyai iras orang Cina.

"Tetapi bersyukur, saya bersyukur dengan jiran-jiran yang cukup mengambil berat tentang keselamatan saya di rumah."


Abdul Hamid juga membidas bekas rakannya dalam penguatkuasaan undang-undang, dengan mengatakan bahawa dia tertakluk kepada "tindakan ala James Bond' terhadapnya apabila dia bukanlah musuh  sebenar.

"Kami hanya melakukan tindakan ala James Bond pada musuh sebenar, penjenayah atau pengganas ... saya bukan anggota IS dan tidak memusnahkan negara dan masyarakat," katanya.

Katanya, beliau tidak akan gentar dan sentiasa bersedia untuk meletakkan negara kembali di landasan yang betul.

"Insya-Allah saya tidak akan tunduk kepada semua perbuatan ugutan yang menyalahi undang-undang. Pengecut bukan sebahagian daripada didikan saya. Saya akan sentiasa bersedia untuk cuba meletakkan Malaysia yang tercinta kembali ke landasan yang betul dan supaya perompak-perompak dihukum. Keadilan akan ditegakkan, "katanya.

Abdul Hamid telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 18 Ogos selepas mempertahankan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah secara lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.