Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AJAR ANAK, "BERANI BUAT BERANI TANGGUNG"!!!

SEMUT HITAM
AJAR ANAK, "BERANI BUAT BERANI TANGGUNG"!!!
Jangan jadi macam bapak!!! Itu sepatutnya yang diajar oleh Si Menteri Besar Selangor tu kepada anak dia yang berusia 15 tahun tu supaya dia menjadi orang yang lebih baik dimasa akan datang.

Semalam dalam satu kenyataan media oleh Timbalan Presiden PKR tu dilihat seolah - olah cuba untuk menyalahkan pihak Polis kerana memanggil anaknya untuk memberikan keterangan.

Tindakan itu diambil oleh pihak Polis ekoran anak Si Azmin Ali tu dilihat turut serta menyertai perhimpunan haram BERSHIT yang telah diadakan di Kuala Lumpur sebelum ini.

Malam semalam, kecoh didalam laman media sosial apabila Si Menteri Besar Selangor tu memuat-naikkan status dilaman media sosial mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh pihak Polis.

Dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu seolah - olah cuba memberi gambaran bahawa pihak Polis ni tak berperikemanusiaan dan cuba menganiayai kanak  - kanak.

Status dilaman media sosial Si Azmin tu juga turut disertakan dengan alasan kononnya anak dia yang berusia 15 tahun tu akan menduduki 'Peperiksaan Akhir' sepanjang minggu ini yang memang jelas Tak Masuk Akal.

Hakikatnya semua orang pun tau bahawa semua pelajar yang berusia 15 tahun yang berada di Tingkatan 3 dalam tahun ini semuanya menduduki peperiksaan PT3 yang berakhir bulan lepas.

Tapi, ada juga pihak yang cuba menyalahkan pihak Polis yang didakwa cuba menjadikan kanak - kanak berusia 15 tahun itu sebagai sasaran Politik dan ianya perlu dihentikan segara.
"Siasatan terhadap remaja berusia 15 tahun dan gadis berusia 14 tahun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jelas menunjukkan ini dakwaan terpilih," kata CEO Lawyer For Liberty.
Soalnya, siapa yang suruh dia hadir perhimpunan BERSHIT tu? Bukan ke Akta Perhimpunan sebelum ini sudah menjelaskan bahawa kanak - kanak dibawah umur Tidak Dibenarkan untuk menyertainya?

Kesimpulannya, Si Menteri Besar tu sepatutnya mengajar anak dia supaya "Berani Buat, Berani Tanggung" dan tidak hanya sekadar menyalahkan orang lain je kerjanya. Bukannya memberikan alasan - alasan BODOH yang Tak Masuk Akal untuk raih simpati!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.