Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ALAMAK!!! ZAHID HAMIDI PULAK "PECAH LOBANG"!!!

SEMUT HITAM
ALAMAK!!! ZAHID HAMIDI PULAK "PECAH LOBANG"!!!
Aduh!!! Kenapa pulak Timbalan Perdana Menteri ni nak 'Pecah Lobang'? Dia tak takut ke nanti dia akan menjadi mangsa buruan dilaman media sosial dan dihentam oleh pelbagai pihak?

Takkan la Datuk Seri Zahid Hamidi tak tau sejauh mana pengaruh keluarga Si Ketua Penipu tu diperingkat Antarabangsa. Sampai tahap diorang boleh didesak PBB untuk membebaskan Si Ketua Penipu tu.

Sedangkan Malaysia dan Negara - Negara lain yang pernah buat desakan kepada PBB untuk memberi tekanan kepada Amerika agar menutup penjara Guantanamo pun tak mampu dilakukan.

Itu membuktikan bahawa keluarga Si Ketua Penipu tu mempunyai 'Kabel' yang jauh lebih besar dari kerajaan bagi sebuah Negara sehingga mampu untuk membuat desakan sedemikian.

Jadi, kenapa pulak Datuk Seri Zahid masih lagi mahu mendedahkan kepada pemimpin di Eropah dan menyatakan bahawa Si Ketua Penipu tu dah mendapatkan rawatan yang sewajarnya?

Datuk Seri Zahid yang juga merangkap Menteri KDN tu kata, Si Ketua Penipu tu bukan sahaja dirawat oleh doktor Pakar dari Malaysia. Malah dibenarkan untuk membawa doktor pakar dari luar Negara.
LONDON – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menjelaskan kepada dua pemimpin kerajaan United Kingdom (UK) bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan rawatan pakar perubatan tempatan untuk mengubati masalah kesihatan yang dialaminya selain dibenarkan membawa pakar perubatan dari luar negara merawatnya di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan itu diberikan kepada Setiausaha Dalam Negeri UK Theresa May dan Menteri Negara di Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Hugo Swire yang bertanya mengenai rawatan perubatan kepada bekas ketua pembangkang Malaysia itu semasa beliau bertemu mereka secara berasingan di sini pada Selasa dan Rabu.

“Tentunya pertanyataan ini ada kaitan dengan gambaran solah-olahnya Anwar tidak langsung diberikan sebarang layanan yang sepatutnya, terutama dari segi pemberian rawatan dan perubatan yang sepatutnya diberikan.

“Saya telah menyatakan bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia bahawa sesungguhnya Anwar telah diberikan rawatan yang sepatutnya.

“Ini termasuklah keputusan oleh Jabatan Penjara untuk membenarkan kumpulan pakar perubatan dari Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, datang ke Malaysia bagi menjalankan rawatan dan melakukan sebarang prosedur operasi terhadap sakit yang dialami oleh Anwar,” katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini. - seterusnya...
Dengan penjelasan yang diberikan, nampak gayanya kempen menjaja 'Air Mata Buaya' yang dilakukan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu sebelum ini hanya sia - sia belaka. Buat mengabihkan masa je diorang meroyan tak tentu arah bila dakyah pembohongan mereka didedahkan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.