Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AZMIN DAH MULA HILANG "COOL"!!!

SEMUT HITAM
AZMIN DAH MULA HILANG "COOL"!!!
Hahaha!!! Rileks la Min. Orang tanya je. Takkan itu pun dia nak marah? Kot ye pun dia tak mampu nak memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan, jangan la tunjuk sangat pada orang lain. 

Mungkin inilah bahananya bila tak cukup tidur. Hilang 'Cool' Si MB Cap Ayam tu dibuatnya bila setiap hari dia diajukan dengan soal berhubung syarikat bermodalkan RM 2 ringgit dia tu.

Persoalan demi persoalan kini mula menghantui Si Menteri Besar Cap Ayam tu berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan Dana Rakyat melalui syarikat Darul Ehsan Invesment Group tu.

Mana tidaknya. Dana Rakyat yang sebanyak RM 30 billion tu kini mula menimbulkan kecurigaan apabila syarikat DEIG tu didakwa membuat pinjaman kewangan sebanyak RM 500 juta.

Untuk apa pinjaman tersebut dibuat sedangkan Rejim Pakatan dibawah pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu masih banyak? Dan jika syarikat belum beroperasi, kenapa perlu buat pinjaman?


Persoalan - persoalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak sama ada didalam atau pun diluar sidang DUN Selangor tu nampak gayanya telah membuatkan MB Selangor tu tak senang duduk.

Dan dari jawapan yang diberikan kepada media berhubung isu tersebut sebelum ini, nampak sangat yang dia mula tak tentu arah dan panas punggung bila diajukan soalan sedemikian.

Alasan yang diberikan oleh Si Menteri Besar Selangor tu, sekiranya SelCAT nak buat siasatan, siasat la. Pihak Rejim Pakatan dibawah pimpinan dia tidak akan menghalang siasatan tersebut.
"DEIG masih belum beroperasi jadi apa yang mahu disiasat? Jika masih mahu siasat, bolehlah. Kita mahu DEIG mengamalkan prinsip ketelusan dan itu adalah jaminan yang boleh diberikan oleh kerajaan negeri," katanya ketika ditemui
Nah! Nampak sangat la yang Si Menteri Besar Selangor tu dah takde alasan lain yang mampu digunakan untuk menutup kemaluan diri dia sendiri seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Kalau betul dia takde benda yang nak disembunyikan, kenapa dia perlu takut!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.