Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerajaan sudah lumpuh, negara "dalam kucar-kacir" kerana pemimpin sibuk PERTAHANKAN NAJIB - Anak Bekas TPM Tun Dr. Ismail

CELAH GELEGAR
Kerajaan sudah lumpuh, negara "dalam kucar-kacir" kerana pemimpin sibuk PERTAHANKAN NAJIB - Anak Bekas TPM Tun Dr. Ismail

Bagi anak sulung timbalan perdana menteri kedua Malaysia, Tawfik Ismail, jika ayahnya Tun Dr Ismail Abdul Rahman masih hidup, beliau akan kecewa dengan keadaan kepimpinan negara hari ini.

Kerajaan sudah lumpuh dan negara ini "dalam keadaan kucar-kacir" kerana pemimpin sibuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion, Tawfik memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual.

"Saya rasa beliau akan kecewa dengan cara kepimpinan sekarang," kata bekas ahli Parlimen Sungai Benut berusia 64 tahun itu sempena pelancaran koleksi penulisan ayahnya, "Drifting Into Politics".


Ia dilancarkan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 Dr Ismail pada 4 November. 

"Beliau juga mungkin berasa agak kecewa apabila pedoman negara semakin hilang ketika menyentuh soal mengenai hubungan antara kaum," kata Tawfik yang menambah bapanya terkenal kerana peranannya dalam membina semula Malaysia selepas tragedi 13 Mei 1969, dan berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah pemerintahan bapa Najib, Tun Abdul Razak.

Dr Ismail meninggal dunia pada 1973 pada usia 57 tahun.
Tawfik berkata, beliau percaya Najib boleh berubah dengan syarat lebih ramai golongan moderat atau sederhana bersuara dan memberi tekanan terhadap kumpulan pelobi yang berpandangan lebih melampau, yang katanya kini mempengaruhi Najib.

Tawfik berkata kepimpinan Malaysia sejak beberapa tahun ini lebih berhaluan kanan, politik wang semakin menjadi-jadi dalam Umno, isu kaum digunakan sebagai kambing hitam, dan pihak berkuasa agama mengganggu kehidupan peribadi rakyat.

Tetapi tidak seperti kebanyakan pengkritik kerajaan, Tawfik tidak percaya penyelesaiannya ialah dengan menyingkirkan Najib, terutamanya kerana beliau tidak fikir Najib boleh disingkirkan. – 8 November, 2015. TMI

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.