CELAH GELEGAR
Semakin hari “kebodohan” berleluasa di depan mata kita seolah-olah ianya “dihalalkan” begitu sahaja
“Siapa agaknya yang membenarkan kebodohan, tidur terlentang dalam kehidupan, menjerit-jerit tentang kematian, pekik lolongnya kosong…”
Begitulah petikan lirik lagu ditulis Abdullah Jones dalam album Meor Yusof Aziddin yang bertajuk “Dari Rakyat Untuk Rakyat”.
Lagu ini amat sesuai dengan keadaan Malaysia dewasa ini.
Semakin hari “kebodohan” berleluasa di depan mata kita dan seolah-olah ianya “dihalalkan” begitu sahaja.
Tidak dapat dinafikan “ramai” yang cuba menidakkan “kebodohan” itu akan tetapi ianya tidak begitu kuat kerana “suaranya” tidak digabungkan.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat agar tidak menyalahkan kerajaan semata-mata di atas kemerosotan nilai ringgit.
Ringgit merupakan matawang Asia paling lemah sejak beberapa bulan lalu, paling rendah sejak 17 tahun dan sudah pun mencecah melebihi RM4 berbanding AS$1.
Sudah pasti ianya memberikan kesan besar kepada rakyat Malaysia yang semakin hari “ditekan” dengan pelbagai kenaikan kos kehidupan sedangkan tahap gaji masih sama.
“Apa-apa pun yang berlaku, termasuklah kejatuhan mata wang, faktor-faktor besarnya berada di luar kawalan kita.
“Kita tak boleh salahkan kerajaan kerana lebih daripada 120 negara di dunia ini, nilai mata wang mereka juga jatuh.
“Ada yang lebih ketara kejatuhan nilai mata wang mereka,” kata Najib yang juga menteri kewangan ketika berucap pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-36 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di Kuala Lumpur, malam tadi.
Memang benar kejatuhan matawang berlaku di mana-mana. Baht Thailand jatuh, begitu juga dengan Rupiah Indonesia.
Tetapi kita jangan lupa, nilai ringgit pada hari ini lebih rendah berbanding Baht. Mengapa ini berlaku?
Nilai ringgit tidak akan menjadi lebih lemah berbanding Baht jika kepimpinan Najib diyakini rakyat dan masyarakat antarabangsa.
Dengan pelbagai skandal seperti syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, tidak akan ada sesiapa yang waras akan yakin kepada kepimpinannya. -TMI
Siri-siri KEBODOHAN
Kebodohan tidak terhad kepada parti-parti politik, kaum atau daerah tertentu tetapi boleh terkena kepada sesiapa sahaja yang lalai.
Siri KEBODOHAN Terus Bermaharajalela
[ARTIKEL BERKAITAN: (BILA BABI PERINTAH NEGARA) Lahirkan BABI Melalui MBPP, Babi di Padang Mainan Kanak2 AWAM, Lokasi Padang Kota Pulau Pinang
[ARTIKEL BERKAITAN: (WANITA AZAN & IMAMKAN SOLAT) Fahaman Sesat Islam Liberal Kini Di Hotel Swiss-Garden Kuala Lumpur
Tindakan Kementerian Kesihatan dalam isu Vape telah difilemkan oleh P.Ramlee puluhan tahun yang lalu |
[ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Vape: “Judi..Pelacuran Arak Kau Biarkan, Vape Kau Raid Kaw2!”, P.Ramlee:“Jual Candu Ganja Dibenarkan kerana ada lesen, Jual BELACAN Haram”
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.