Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(BEBAS DENGAN IKAT JAMIN) Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA

CELAH GELEGAR
(BEBAS DENGAN IKAT JAMIN) Mahkamah putuskan tuduhan terhadap Khairuddin dan Matthias tidak tertakluk di bawah SOSMA

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan pertuduhan terhadap bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

Mahkamah turut membenarkan Khairuddin dan Matthias dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Khairuddin dan Matthias Chang Wen Chieh didakwa cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis Wai Chan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura, antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Pada 19 Okt lepas Mahkamah Tinggi merujuk kes Khairuddin dan Chang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).
Turut hadir pada prosiding hari ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid serta ahli keluarga Khairuddin dan Matthias.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.