Kain rentang yang tertera 'Selamat datang ke majlis perkahwinan Ahmad Zaki & Ahmad Soleh' dipercayai diletakkan di daerah Melaka Tengah, Mukim Bukit Katil, Melaka berdasarkan lokasi perkahwinan itu diadakan.

KUALA LUMPUR, 2 November: Sekeping gambar yang memaparkan sebuah banner majlis perkahwinan dua jejaka yang diletakkan di pinggir sebatang jalan menimbulkan seribu tanda tanya. 

Kain rentang yang tertera ‘Selamat datang ke majlis perkahwinan Ahmad Zaki & Ahmad Soleh’ dipercayai diletakkan di daerah Melaka Tengah, Mukim Bukit Katil, Melaka berdasarkan lokasi perkahwinan itu diadakan.

Majlis perkahwinan itu berlangsung pada Ahad, 1 November lalu di Dewan Tun Ali.

Gambar yang tersebar menerusi media sosial Twitter dan Facebook itu dianggap lucu, kerana kemungkinan kesilapan pencetakkan dua perkahwinan yang berlangsung serentak oleh dua adik beradik.

Namun hasil pencarian The Rakyat Post di internet, tiada maklumat diperolehi. -The Rakyat Post