Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DEIG: MAKIN BERBELIT LIDAH AZMIN MENJAWABNYA!!!

SEMUT HITAM
DEIG: MAKIN BERBELIT LIDAH AZMIN MENJAWABNYA!!!
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa isu berkaitan dengan DEIG pada ketika ini masih banyak lagi penyelewengan yang menjadi persoalan dikalangan rakyat mengenai pengurusannya.

Jika sebelum ini, pihak DEIG telah mengambil tindakan undang - undang terhadap Faekah Husin yang didakwa banyak membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermodalkan RM 2 ringgit tu.

Bahkan Faekah sendiri berpendapat, tindakan undang - undang itu diambil sebagai langkah untuk 'Menutup Mulut' daripada terus mempertikaikan mengenai kewujudan syarikat tersebut.
Tindakan menggunakan mahkamah, tidak akan menutup perkara sebenar di sebalik kewujudan DEIG yang menguruskan aset RM30 bilion milik kerajaan negeri,” tegasnya.
Namun, segala tindakan yang diambil oleh pihak DEIG itu tidak mampu untuk membuatkan rakyat terus berdiam diri. Sebaliknya lebih banyak persoalan yang dibangkitkan.

ADUN Barisan Nasional Selangor pada ketika ini dilihat terus lantang mempertikaikan mengenai skandal berkaitan syarikat tersebut didalam sidang DUN dan mengaitkannya dengan hutang KDEB.
1) Isu kegagalan anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membayar hutang RM413.2juta kepada kerajaan negeri seperti yang dibangkitkan dalam sidang negeri Selangor oleh YAB Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semalam amat mencurigakan dan mengundang pelbagai persoalan.2) Menurut Menteri Besar, KDEB hanya membayar balik RM5 juta daripada jumlah keseluruhan terkini menjangkau RM429.728 juta setelah diambilkira caj pembiayaan pada kadar empat peratus setahun. Ini menjadikan baki pinjaman tidak berbayar bernilai RM424.728 juta.
3) Hutang tersebut diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor kepada KDEB pada bulan Jun 2013 untuk membiayai pengambilalihan sepenuhnya 100 peratus pegangan saham Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) yang telah gagal menguruskan dengan sempurna lebih 7,000 ekar tanah di Selangor, dianggarkan bernilai lebih RM6 billion. - seterusnya...
Persoalannya, apa yang cuba disembunyikan oleh pemerintahan Rejim Pakatan di Selangor tu sehingga menyebabkan mereka mengambil tindakan drastik memfailkan saman terhadap Faekah?

Kenapa selama hari ini, mereka hanya sekadar mendiamkan diri dan cuba mengubah isu dengan memberikan alasan yang bukan - bukan setiap kali masalah berkaitan DEIG itu dibangkitkan?

Dan kenapa pemimpin dikalangan Pakatan Haprak tu juga turut dilihat cuba mendiamkan diri dari mengkritik tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu? Adakah diorang hanya sekadar menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri dengan mengaut keuntungan daripadanya???

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.