Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DEIG: BELUM BEROPERASI DAH PINJAM RM 500JUTA???

SEMUT HITAM
DEIG: BELUM BEROPERASI DAH PINJAM RM 500JUTA???
Menggelupor pengurusan syarikat RM 2 dibawah pentadbiran Si Menteri Besar Cap Ayam tu nak menjawab isu yang dibangkitkan didalam sidang DUN semalam. Habis keluar peluh jantan dibuatnya.

Punya la diorang nak pusing cerita, maka diorang kata la syarikat bermodalkan RM 2 ringgit yang menguasai keseluruhan Dana Rakyat di Selangor tu masih belum beroperasi pada ketika ini.

Pengakuan mengenai kewujudan pinjam bank sebanyak RM 500 juta yang dibuat oleh pihak pengurusan syarikat tersebut telah dibuat oleh salah seorang Ahli Lembaga Pengarahnya semalam.

Walaubagaimana pun, kata mereka, pinjaman yang telah diluluskan oleh pihak bank itu ditolak oleh pihak Pengurusan Menteri Besar Incorporated (MBI) selepas ianya dibentangkan.

Dan diantara alasan kenapa mereka nak buat pinjaman sebanyak itu adalah untuk 'Membayar Hutang Kepada Kerajaan Negeri'. Hutang apa dan berapa banyak, diorang tak sebut pulak.
Kami masuk untuk buat rancangan strategik untuk lihat apa yang kita ada. Salah satu isu kita lihat adalah isu legasi, iaitu hutang kepada kerajaan negeri.
“Kaedah nak selesai macam-macam, contohnya ambil pinjaman, majukan pembangunan dan sebagainya. DEIG masih syarikat yang masih belum beroperasi dan bermodalkan RM2,” tegasnya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.
Kenyataan itu dibuat selepas salah seorang ADUN dari Barisan Nasional Selangor membangkitkannya didalam sidang DUN dan mempertikaikan kenapa pinjaman itu perlu dibuat.

Sekarang cuba korang bayangkan. Sekiranya isu mengenai pinjaman RM 500 juta itu tak bocor kepada rakyat, adakah mungkin pinjaman itu diterima oleh ahli Lembaga Pengarah MBI?

Dan persoalannya, kenapa pulak syarikat bermodalkan RM 2 tu nak buat pinjaman dengan pihak Bank sedangkan diorang mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dari MBI sebelum ini?

Kalau isu berkaitan dengan hutang 1MDB, bukan main lagi puak - puak Pakatan Haprak tu melalak dan mempersoalkan mengenainya. Tapi kenapa dalam isu DEIG ni diorang hanya mendiamkan diri?

Itu membuktikan bahawa puak - puak Pakatan Haprak ni berat sebelah dan hanya tau nak mencari kesalahan orang lain je. Mujur isu mengenai DEIG tu dibongkar awal. Kalau tidak, mau hangus duit Dana Rakyat yang dimiliki oleh MBI tu dibuatnya!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.