Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

EVANGALIST SEBAR GAMBAR PALSU???

SEMUT HITAM
EVANGALIST SEBAR GAMBAR PALSU???
Kecoh dilaman media sosial semalam apabila ada orang buat posting gambar wanita bertudung telah dimurtadkan oleh gerakan Kristianisasi. Rata - rata mendakwa gambar itu berlaku di Malaysia.

Tapi sebenarnya, gambar yang mencetuskan kontroversi itu tidak berlaku di Negara ini sebaliknya ianya berlaku di negara jiran kita, Indonesia yang melibatkan pelajar Universiti negara tersebut.

Pendedahan mengenai perkara itu telah dijelaskan oleh salah seorang pengguna dilaman media sosial, kunjungan itu datang daripada mahasiswa Islam di salah sebuah Universiti di Indonesia. 

Tujuan utama lawatan tersebut diadakan oleh mereka yang terbabit adalah untuk menjalinkan hubungan persefahaman dua hala diantara penganut agama Islam dan Kristian di Negara berkenaan. 

Berdasarkan lawatan tersebut, mahasiswa didedahkan dengan fahaman dan ajaran yang diamalkan gereja Katolik manakala gereja juga didedahkan dengan cara umat Islam menunaikan solat.

Walaubagaimana pun, ada yang berpendapat sebaran mengenai gambar tersebut sengaja dicetuskan oleh pihak berkenaan untuk mewujudkan suasana Panik dikalangan rakyat Malaysia.

Katanya, matlamat utama mereka adalah untuk membangkitkan sentimen kebencian terhadap agama tertentu dan menghuru - harakan masyarakat yang berbilang kaum di Negara ini.

Namun, ancaman sedemikian perlu dikekang terlebih dahulu sebelum ianya menjadi satu kebiasaan dikalangan anak - anak muda di negara ini yang dilihat mudah terpengaruh dengan anasir - anasir luar.

Jangan nanti bila dah wujud gerakan Pemurtadan dikalangan umat Islam di Negara ini semakin berleluasa, baru kita nak meroyan tak tentu arah dan menyalahkan orang lain pulak sudah la. Masa tu, menangis air mata darah pun dah tak de gunanya!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.