Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[DESAKAN MAKIN KUAT][VIDEO] Malam Tadi 23 Nov, Cawangan UMNO Johor desak Najib Razak LETAK JAWATAN

CELAH GELEGAR
[DESAKAN MAKIN KUAT][VIDEO] Malam Tadi 23 Nov, Cawangan UMNO Johor desak Najib Razak LETAK JAWATAN


Ketua-ketua cawangan dari lapan bahagian Umno Johor hari ini mendesak presiden parti, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Menurut jurucakap kumpulan itu, Ketua Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2, Zairuddin Hamid, beliau tuntutan itu dibuat kerana Najib banyak melakukan kerosakan pada parti.
"Presiden Umno perlu letak jawatan kerana banyak kerosakan yang dilakukan.
"Jangan rosakkan lagi Umno. Lakukanlah pemilihan parti dengan segera. Ia perlu dijalankan dan tak perlu ditangguhkan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Sukan Skudai, Johor Bharu, pada malam tadi.
Umno di Johor mempunyai 26 bahagian.
Walaupun pada malam ini hanya lapan bahagian sahaja yang hadir memberi sokongan, namun Zaharuddin berkata beliau percaya majoriti anggota Umno di negeri itu turut bersependapat dengan mereka.
"Saya percaya majoriti bersama dengan kita. Malam ini hanya lapan sahaja yang hadir kerana faktor jarak dan tempat," katanya.
Bulan lalu, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar Telok Kemang mendesak Najib meletak jawatan.
Pada Rabu lalu pula sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan parti itu di Sepang turut menggesa agar perdana menteri melepaskan jawatan.
Petikan Kenyataan:

Tuan2 dan Puan2 sekelian,

Menyedari bahawa Umno berada  di dalam situasi yang amat rumit, kami ketua2 cawangan Umno dari 6 bahagian di negeri Johor telah mengambil langkah2  bagi mencegah parti politik keramat ini menjadi bahan sejarah yang tidak mempunyai sebarang erti.

Begitu banyak sekali jasa yang telah ditaburkan oleh Umno kepada negara dan bangsa. Kami tidak rela melihat ianya menjadi mangsa keadaan pihak tertentu yang akhirnya menjadi momokan sepanjang zaman,

Bersuaranya kami bukanlah mencari publisiti murahan atau meletakkan parti tercinta ini dalam situasi yang merumitkan. Bersuaranya kami adalah ekoran cetusan rasa ikhlas dan tanggungjawab yang tinggi. Kami tidak mempunyai niat buruk. Kami juga tidak dibayar dengan wang oleh mana2 individu. 

Wang ringgit tidak penting buat kami. Apa yang lebih penting dan bermakna adalah nasib dan masadepan anak cucu kita. Kami tidak rela Presiden atau orang2 Presiden memperjudikan masa depan anak cucu kami.

Bangsa Malaysia mengharapkan pembelaan dan kami tidak rela melihat rayuan mereka diabaikan begitu saja. Ahli2 parti mengharapkan keberanian dari kami untuk bersuara. Kami dengan ini menyahut seruan dari mereka. 

Perjumpaan kami pada hari ini tidak didalangi oleh sesiapa. Malahan kami tidak berjuang untuk sesiapa kecuali untuk generasi masa depan dan agama.

Sehubungan dengan perjumpaan kami pada malam ini telah membuat ketetapan seperti berikut -

1- Presiden Umno perlu meletak jawatan kerana telah banyak kerosakan yang dilakukannya.

2- Jangan merosakkan lagi parti dengan mengambil langkah dengan menggantung keahlian mana2 pemimpin kerana mengkritik Presiden dalam pengurusan parti.

3- Pemilihan parti perlu dijalankan dan jangan ditangguhkan.

 Sekian.

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, 'script', 'facebook-jssdk'));
Cawangan - Cawangan UMNO Johor desak Najib Razak LETAK JAWATAN
DIRECT TO THE POINT. Kini giliran cawangan-cawangan UMNO Johor bersuara mahu NAJIB RAZAK meletak jawatan.Wakil 108 cawangan yang terdiri daripada Ketua-ketua Cawangan serta sayap daripada 7 bahagian UMNO negeri Johor. DESAKAN AKAR UMBI SEMAKIN KUAT .
Posted by Kelab Che Det on Monday, November 23, 2015

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.