Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GAMBAR EVANGALIST ADA KAITAN DENGAN "SPARK"???

SEMUT HITAM
GAMBAR EVANGALIST ADA KAITAN DENGAN "SPARK"???
Semalam kita dah dedahkan mengenai kewujudan gambar palsu yang mendakwa sekumpulan wanita bertudung duduk didalam gereja berlaku di Negara kita Malaysia baru - baru ini.

Dari pendedahan yang telah dibuat dan pengakuan dari pihak yang terlibat, ternyata gambar itu bukannya berlaku di Malaysia. Sebaliknya ianya berlaku di Negara jiran kita, Indonesia.

Penjelasan yang dibuat menyatakan bahawa penyertaan sekumpulan wanita itu adalah dari kalangan pelajar Universiti di Negara tersebut dalam program muhibbah yang telah dijalankan.

(BAca Artikel Berkaitan: Evagalist Sebar Gambar Palsu???)

Namun, ada juga pihak yang mendakwa penyebaran gambar itu hanya sekadar satu bentuk provokasi sesetengah pihak bertujuan untuk membangkitkan kebencian dikalangan rakyat di Malaysia.

Malah, ada juga yang turut mengaitkan penyebaran gambar tersebut dengan satu forum di Malaysia yang bakal diadakan pada minggu depan yang juga ada kaitan dengan soal keagamaan.

Program seminar anjuran Muafakat Malaysia itu dijadualkan pada 10 November 2015 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Program Muafakat yang diberi nama Seminar Pendedahan Ancaman Rencana Kritianisasi atau SPARK itu berkisarkan pada tajuk, "Mendedahkan Gerakan Pemurtadan Ummah".

Realitinya, dalam dunia globalisasi seperti hari ini, Islam sentiasa diancam dari pelbagai sudut untuk melemahkan Iman dikalangan umatnya. Dan gerakan seumpama ini memang tidak dinafikan wujud.

Namun, sama ada penyebaran gambar palsu yang dilaporkan sebelum ini ada kaitan atau pun tidak dengan seminar yang bakal dianjurkan ini, masih belum dapat untuk dipastikan lagi. 

Walaubagaimana pun, sebagai umat Islam, adalah wajar untuk kita memastikan perkara sedemikian tidak menular di Negara kita sebelum ianya menjadi parah. Kalau dah rosak Iman anak muda kita di Malaysia ni nanti, menangis air mata darah pun dah tak guna dah!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.