Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GUAN ENG ANGGAP 5 ADUN PKR "PENGKHIANAT"!!!

SEMUT HITAM
GUAN ENG ANGGAP 5 ADUN PKR "PENGKHIANAT"!!!
Memang pantang betul 'Abang Besar' dalam Pakatan ni bila ada pihak yang membelakangi arahan serta tindakan yang ditentukan oleh mereka. Nak pulak kalau Si Tokong DAPigs tu.

Asal perkara itu bertentangan dengan diorang, sudah pasti mereka akan dianggap sebagai 'Pengkhianat' dan dituduh cuba bersekongkol dengan pihak musuh dari kalangan Barisan Nasional.

Ekoran lima ADUN PKR mengambil sikap berkecuali dalam proses pengundian usul dikemukakan pembangkang di DUN malam semalam, Guan Eng meminta PKR menilai dengan teliti tindakan wakil rakyatnya.   

Si Tokong DAPigs tu kata, berdasarkan pendirian itu, persepsi kini ialah wakil rakyat PKR itu 'bersama Umno' yang juga turut dilihat sebagai satu 'Pengkhianatan' kepada Rejim DAPigs pimpinannya.

Bagaimanapun, kata Lim, pihaknya akan membiarkan PKR sendiri menguruskan isu itu sambil berkata akan menjelaskan perkara berkenaan kepada Wan Azizah dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.  

Semalam DUN Pulau Pinang membincangkan usul yang dikemukakan ADUN Pulau Betong dari Barisan Nasional (BN), Muhammad Farid Saad mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Menurut pembangkang, pembangunan di kawasan itu akan menyebabkan hidupan laut terancam kerana habitatnya terhapus, selain menjejaskan kehidupan kira-kira 500 nelayan di kawasan berkenaan.

Walaubagaimana pun, selepas dibahaskan, usul itu diundi dan akhirnya ditolak apabila ia hanya mendapat lapan undi sokongan, manakala 22 lagi menolak. Maknanya, Si Guan Eng tu saja je menggelupor.

Lima ADUN PKR pula bersikap berkecuali. Mereka ialah ADUN Bukit Tengah, ADUN Penanti, ADUN Kebun Bunga, ADUN Batu Uban, dan ADUN Machang Bubuk. Semuanya dari PKR.

Guan Eng juga mendapat tamparan hebat apabila seorang ADUN DAP, Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) yang dikenali sebagai aktivis alam sekitar turut mengundi menyokong usul berkenaan.

Dua lagi ADUN PKR, Law Choo Kiang (Bukit Tambun) dan Maktar Shapee (Sungai Bakap) tidak boleh mengundi kerana masing-masing menjadi speaker dan timbalan speaker.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.