Selamat petang rakan-rakan pengunjung yang dihargai.
Cuaca mendung, langit nampak kelam dari tengahari. Nak ambil gambar masakan pun, tentu hasilnya nampak suram tak bermaya.
Tak apalah, lupakan dulu tentang resepi. Apa kata kita kongsi info hasil bacaan Amie tentang ikan dan makanan laut, hasil tulisan Carol Selva Rajah.
Berdasarkan kajian pemakanan, daripada Rosemary Stanton, Konsultan Pemakanan dan Penguatkuasa Pemasaran Ikan New Saouth Wales:
Semua ikan dan makanan laut mempunyai kandungan protein yang tinggi.Semua ikan dan makanan laut rendah kandungan lemak tepu (dari 27 kajian yang dilakuka, purata kandungan lemak adalah 2%).Semua ikan dan makanan laut membekalkan lemak poli tidak tepu, termasuk Omega 3.Semua ikan dan makanan laut mempunyai kilojoule yang rendah ( dari 27 kajian yang dilakukan, purata K yang dikira adalah 415 kalori bagi setiap 100g).Semua ikan mempunyai kolestrol yang rendah (purata kolestrol paling rendah dari 27 jenis ikan ialah 61 mg/100; 68 mg/100 bagi ketam dan 190 mg/100 bagi udang masak). Semua ikan dan makanan laut adalah sumber iodin yang baik, zat galian yang mengawal kelenjar tiroid.Tiram dan lala mempunyai paras kandungan zat besi yang sangat tinggi - lebih tinggi daripada daging merah (zat besi perlu untuk pembentukan sel darah merah).Ikan adalah sumber niacin yang baik, iaitu vitamin B yang diperlukan untuk kulit yang sihat dan membebaskan tenaga di dalam badan.Makanan laut adalah sumber vitamin B12 yang baik, yang berkurangan dalam diet vegetarian.Makanan
laut juga membekalkan tiamin (vitamin B1) dan vitamin B yang lain.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.