Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[JANGAN TAK JADI] Menteri, Salleh Keruak: Debat 1MDB Arul, Pua Jumaat ini

CELAH GELEGAR
[JANGAN TAK JADI] Menteri, Salleh Keruak: Debat 1MDB Arul, Pua Jumaat ini

KUALA LUMPUR, Selasa – Debat mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) antara Pengerusi dan Pengarahnya, Arul Kanda Kandasamy dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua akan diadakan pada Jumaat ini secara langsung di TV1.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata  RTM bersedia untuk menganjurkan debat ini yang mana ia akan dikendalikan oleh seorang moderator.

“Debat akan diadakan di Studio 1, Angkasapuri bermula jam 9 hingga 10 malam.

 “Ia akan disiarkan secara langsung selepas ia mendapat permintaan daripada banyak pihak tetapi ia tidak dibuat di hadapan penonton kerana kita tidak mahu ia mencetuskan emosi berdasarkan fahaman politik yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali Kesembilan di Universiti Putra Malaysia, Serdang dekat sini hari ini.

Sebelum ini Tony mencabar Arul untuk berdebat dengannya secara langsung. Arul kemudiannya menyahut cabaran tersebut.

“Saya akan berjumpa YB Tony Pua untuk perbincangan secara langsung atau talk show atau perdebatan, tanpa sebarang syarat,” kata Arul.

Beliau turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menyediakan platform untuk siaran langsung perdebatan itu. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.