Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEMPEN "AIR MATA BUAYA" DIA TAK KE MANA!!!

SEMUT HITAM
KEMPEN "AIR MATA BUAYA" DIA TAK KE MANA!!!
Biar tajuk kali ini jadi mudah, dan senang difahami. Kalau nak pakai bahasa tinggi sangat nanti, mungkin ada yang tak faham bahasa. Jadi lebih mudah kita guna bahasa yang senang diterima.

Jika semalam, Si Nurul Izzah dan ramai wakil dikalangan Pakatan Haprak tu bukan main suka lagi bila UN Working Group on Arbitrary Detention kata Si Ketua Penipu tu mesti dibebaskan segera.

Mereka mendakwa, jawatankuasa yang sama juga turut mengatakan bahawa tuduhan yang telah dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini adalah bermotifkan Politik semata - mata.

(Artikel Berkaitan: PBB Mahu Peliwat Dibebaskan???)

Kita tak pasti samada Jawatankuasa ini sudah nilaikan kes Si Ketua Penipu tu secara menyeluruh atau tidak. Kita harap mereka dah buat kajian yang menyeluruh. Jangan main serkap jarang macam itu.

Takut nanti, ianya akan memalukan jawatankuasa UN tu sahaja. Seperti mana yang kita sedia maklum, kes Si Ketua Penipu tu bukannya kes Politik. Sebaliknya, kes salah laku jenayah.

Si Ketua Penipu tu dipenjarakan selama 5 tahun kerana dia telah didapati bersalah melalui sistem undang - undang Malaysia kerana didakwa MELIWAT Bekas Pembantu Peribadi dia sendiri.

Lagi pun, tak semua perkara yang UN cadangkan itu perlu diikut. Agak-agaklah. Tambahan pulak, UN pun tak ada kuasa macam itu terhadap mana - mana Negara yang menjadi anggotainya.

Sama macam kes penjara Guantanamo. Bantahan bukan sahaja dibuat oleh ahli keluarga mereka yang terlibat. Ianya turut dibantah oleh masyarakat dunia. Tapi, takde tindakan pun yang diambil.

Jadi kesimpulan mudahnya, kempen bodoh #FreeAnwarNow yang dilaksanakan oleh keluarga Si Ketua Penipu tu tak akan ke mana. Nak pulak Si Ketua Penipu tu masuk penjara pun kerana salah dia sendiri. Bukan dia masuk penjara kerana isu politik!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.