Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Najib patut didakwa sabotaj sistem kewangan, perbankan negara: Tun M

CELAH GELEGAR
Najib patut didakwa sabotaj sistem kewangan, perbankan negara: Tun M

BANGI, Isnin – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Najib Razak patut didakwa mensabotaj sistem kewangan dan perbankan negara berikutan kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, orang yang mewujudkan 1MDB dan pengurus-pengurusnya adalah mereka yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai rekod baik dalam pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang kukuh.

Beliau berkata, 1MDB menjual tanah yang dibeli dengan harga RM60 sekaki persegi daripada kerajaan pada kadar 5,000 peratus atas harga pembelian dan membayar balik pinjaman.

“Tetapi pada hakikat seandainya 1MDB tidak dicipta, jumlah besar wang yang dipinjam itu tidak akan lesap. Untuk ini 1MDB dan mereka yang bertanggungjawab masih perlu didakwa kerana penyalahgunaan sistem perbankan dan kewangan, tidak terkecuali juga pembayaran balik pinjaman.

“Pencipta 1MDB dan pengurus-pengurusnya adalah mereka yang mensabotaj negara ini, yang sebelum ini mempunyai rekod yang baik bagi pengurusan kewangan dan sistem perbankan yang kukuh.

“Mereka adalah orang-orang yang patut didakwa di mahkamah kerana sabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia. Oleh sebab Najib lah yang mencipta 1MDB, meminjam RM42 bilion, melabur wang itu dan menghilangkannya, Najib juga sepatutnya didakwa kerana sabotaj,” katanya dalam tulisan terbaru di blog beliau, yang dimuat naik petang ini.

Tun Dr Mahathir yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, khususnya berkaitan isu syarikat pelaburan negara itu, berkata, beliau keliru dengan kenyataan Peguam Negara bahawa Datuk Seri Khairuddin Hassan dan peguam, Matthias Chang sedang didakwa kerana mensabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

Beliau menganggap bahawa laporan Khairuddin dan Matthias kepada pihak berkuasa polis di United Kingdom, Switzerland dan Hong Kong, di mana urus niaga itu berlaku, adalah asas kepada caj-caj sabotaj yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Tetapi, katanya, penerbitan oleh akhbar asing mengenai tipu helah dalam pelaburan oleh 1MDB keluar lebih lama sebelum Khairuddin melaporkannya.

“Laporan-laporan berita ini bukan laporan sambil lewa tetapi penerangan yang sangat terperinci mengenai apa dan siapa yang terlibat. Mereka melaporkan apa yang sudah diketahui umum di seluruh dunia.

“Kenapa laporan-laporan akhbar ini tidak disangkal dengan memuaskan oleh 1MDB atau MOF (Kementerian Kewangan) sedangkan tanggapan yang telah terujud mengenai pendakwaan penyalahgunaan sistem kewangan dan perbankan Malaysia boleh akhirnya mengakibatkan kehilangan keyakinan terhadap politik dan ekonomi Malaysia dan kewangannya?,” katanya.

Tun Dr Mahathir juga berkata, jika tidak wujud 1MDB dan tiada RM42 bilion yang dipinjam, akhbar tidak akan melaporkan dan tidak akan ada laporan-laporan polis.

“Tidakkah laporan-laporan akhbar itu dianggap sebagai sabotaj?,” katanya. -ISMAWEB

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.