Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEMPEN "AIR MATA BUAYA" DIKRITIK BLOG PKR!!!

SEMUT HITAM
KEMPEN "AIR MATA BUAYA" DIKRITIK BLOG PKR!!!
Memalukan!!! Meskipun promosi supaya bersolidariti untuk Si Ketua Penipu tu telah diwar - warkan di media sosial, namun kehadiran penyokong amat mengecewakan lapor blogger Omak Kau.

Kenyataan itu merujuk kepada sambutan dikalangan para penyokong dan pencacai tegar Si Ketua Penipu tu yang dilihat hambar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi semalam.
“Sebelum itu sudah diwar-warkan melalui media sosial dan beberapa blog menjemput para penyokong beliau terutamanya anggota PKR hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur untuk bersolidariti dan memberikan sokongan moral atas landasan sebagai seorang tahanan politik yang dikatakan mendapat bantahan keras dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan desak tegas agar Anwar Ibrahim dibebaskan dengan kadar segera.

“Malang dan amat menyedihkan dari kiriman beberapa gambar suasana pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sambutan amat suram dan hambar sekali.
“Tidak ternampak kelibat anak-anak muda dari AMK maupun wanita yang hadir memberikan sokongan. Asyik-asyik beberapa Otai Reformis yang sama juga yang menunjukkan muka selain Kak Wan dan beberapa pemimpin dan wakil rakyat PKR.

“Kehadiran sangat mengecewakan sehingga dilihat para pegawai penjara, jurugambar dan wartawan yang membuat liputan jauh lebih ramai dari penyokong Anwar Ibrahim yang hadir.

“Apakah semangat juang para penyokong tegar beliau sudah pudar dan lentur???? .. Mana perginya laungan kencang betapa satu Anwar Ibrahim masuk penjara ratusan ribu Anwar Ibrahim akan bangkit,” ulas Omak Kau.
Kesimpulannya, kempen "Air Mata Buaya" yang dibuat oleh keluarga Si Ketua Penipu tu sebelum ini jelas tidak mendapat sambutan dikalangan rakyat mahu pun penyokong PKR sendiri.

Jadi, kalau dah penyokong pun dah meluat nak menyokong Si Ketua Penipu tu di Negara ini sendiri, apa lagi yang puak - puak Parti Keluarga Rosak tu harapkan dari sokongan PBB? Setakat menjaja "Air Mata Buaya" diorang je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.