Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerajaan Enggan Layan Permintaan Anwar Ibrahim Jalani TAHANAN RUMAH

CELAH GELEGAR
Kerajaan Enggan Layan Permintaan Anwar Ibrahim Jalani TAHANAN RUMAH

KUALA LUMPUR: Kerajaan enggan melayan permintaan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani tahanan rumah selepas didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, isu tahanan rumah tidak seharusnya ditimbulkan susulan masalah kesihatan yang dihadapi Anwar.
"Perbezaan kali ini, kes yang dijalani adalah kes yang melibatkan tuduhan seorang individu. Jadi kesnya adalah kes jenayah. Jadi soal sama ada beliau akan diberikan pengampunan atau diberikan tahanan rumah...saya rasa perkara itu tidak timbul.
"Hormati keputusan mahkamah. Kita pastikan beliau sentiasa sihat, kalau ada masalah yang memberikan bahaya kepadanya atau menyebabkan perkara yang serius, kerajaan akan pastikan beliau dapat rawatan yang sepatutnya,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) sama ada kerajaan berhasrat memindahkan Anwar yang juga bekas ketua pembangkang menjalani tahanan kediaman.
Kata Abdul Latiff, langkah berkenaan bagi memastikan kerajaan berlaku adil kepada Anwar susulan tahap kesihatannya yang semakin merosot.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Nur Jazlan berkata Anwar diberikan pelbagai keistimewaan khususnya membabitkan isu kesihatannya.
"Datuk Seri Anwar telah melaksanakan hukuman selama 38 minggu, dalam tempoh itu beliau menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan di Penjara Suangai Buloh sebanyak 33 kali, termasuk doktor dari Hospital Sungai Buloh, penjara dan juga pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Sepuluh kali rawatan itu adalah rawatan fisioterapi. Beliau menerima keistimewaan yang tidak diberikan kepada banduan lain, dan saya harap keluarganya akan memahami bahawa kerajaan sentiasa akan menjaga kesihatan beliau," katanya.
Gesaan supaya Anwar menjalani tahanan kediaman pernah dibangkitkan peguamnya, R. Sivarasa kerana mendakwa bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan akses kepada rawatan yang amat diperlukan beliau.
Wakil peguamnya menyarankan Anwar segera dipindahkan segera ke tahanan kediaman supaya beliau dibenarkan menemui doktornya sendiri bagi mendapatkan rawatan perubatan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.