Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kerajaan Kelantan tidak benar kedai vape beroperasi

CELAH GELEGAR
Kerajaan Kelantan tidak benar kedai vape beroperasi

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mengeluarkan sebarang lesen premis kepada mana-mana perniagaan menjual rokok elektronik (vape).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata tidak ada mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengeluarkan lesen premis perniagaan vape.

Bagaimanapun katanya, penjualan vape dikesan di kedai-kedai yang menjual alat elektronik.

“Begitu juga syisya. PBT tidak mengeluarkan sebarang lesen premis, malah kalau dikesan beroperasi peralatan perniagaan mereka boleh dirampas,” katanya menjawab soalan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga kerajaan negeri sedang mengumpulkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Mufti sebelum mengambil tindakan lanjut.

Namun katanya, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) pada mesyuarat agungnya baru-baru mengusulkan kepada kerajaan supaya mengharamkan vape.

Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, Dr Ramli Mamat berkata kandungan vape dikesan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna termasuk barah.

Baru-baru ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan kerajaan Malaysia tidak akan mengharamkan penggunaan vape.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.