Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KHALID MEROYAN "PINANGANNYA" DITOLAK!!!

SEMUT HITAM
KHALID MEROYAN "PINANGANNYA" DITOLAK!!!
Huh!!! Mudah sangat 'touching' Si Khalid Samad ni rupanya. Mudah sangat dia nak membalas dendam bila cadangan yang dibuat sebelum ini telah ditolak mentah - mentah oleh pucuk pimpinan PAS.

Semalam, Si Khalid Samad tu kata, bagi menyelesaikan kemelut yang masih lagi melanda Pakatan di Selangor, maka satu perjanjian perlu diwujudkan diantara PAS dengan Pakatan Harapan.

Perjanjian itu kata Khalid adalah bagi mengelakkan pertembungan 3 penjuru diantara Pakatan Harapan dan PAS bagi menentang Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau Pas Selangor. Melalui perjanjian kerjasama ini kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi. Melalui tindakan ini hubungan antara Pas adalah dengan Pakatan Harapan dan bukan hanya dengan PKR,” katanya.
Namun malangnya, cadangan yang dikemukakan oleh Si Khalid Samad tu telah ditolak mentah - mentah oleh Timbalan Presiden PAS dan seterusnya memalukan Pengkhianat parti itu secara terbuka.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PAS tetap menyatakan pendirian mereka bahawa Tidak Akan Wujud sebarang kerjasama Politik diantara mereka dengan puak - puak DAPigs.

Malah, PAS juga katanya tetap Tidak Akan Bersetuju untuk menjalinkan sebarang bentuk kerjasama Politik atau menerima perjanjian dengan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara tu.
"Kita (Pas) tiada hubungan dengan DAP, parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama pakatan harapan untuk bergabung semula.
"Dan keduanya kita tidak menerima parti Amanah, jadi saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar, realiti sebenarnya DAP tidak akan bersama Pas dan Pas tidak akan bersama DAP, jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," katanya.
Mungkin dek kerana pendirian tegas yang ditonjolkan oleh kepimpinan PAS itu membuatkan Si Khalid Samad ni berikrar untuk melondehkan Hadi Awang secara terbuka. (Baca Sini)

Secara kesimpulannya, cadangan yang dibuat oleh Si Khalid Samad tu telah diludah oleh puak - puak PAS. Jadi, tak payah la Si Khalid Samad tu nak jadi orang yang 'Hidungnya tak mancung, Pipi pulak yang tersorong - sorong'. Penyudahnya, diri sendiri jugak yang hilang kemaluan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.