Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[LAYAK JADI PM DAH NI] Azalina tegur menteri ponteng parlimen

CELAH GELEGAR
[LAYAK JADI PM DAH NI] Azalina tegur menteri ponteng parlimen

Seratus hari selepas menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan rasa kecewa dengan langkah beberapa menteri dan wakil rakyat yang ponteng parlimen.
Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen itu berkata beliau mengesan “dewan kosong” ketika menteri berkenaan harus bergilir hadir dalam sidang Dewan Rakyat.
Beliau berkata akan membangkitkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Mengenang sebelum ini ketika menjadi anggota parlimen biasa, Azalin berkata beliau sendiri datang ke parlimen untuk membangkitkan isu-isu kawasannya langsung kepada menteri berkaitan.
Beliau juga membangkitkan betapa sukarnya anggota parlimen penyokong kerajaan untuk bertemu menteri jika mereka tidak hadir ke parlimen.
Azalina membangkitkan perkara itu dalam wawancara dengan media semalam. -MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.