Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

(MABUK KE APA NI) Bangun awal jika tak mahu bayar tol, kata menteri

CELAH GELEGAR
(MABUK KE APA NI) Bangun awal jika tak mahu bayar tol, kata menteri

BANGI, Selasa – Bangun lebih awal untuk ke tempat kerja jika tidak mahu membayar tol, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, rakyat boleh memilih jalan alternatif yang disediakan kerajaan jika enggan dan mahu mengelak dari membayar tol.

“Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol.

“Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.

“Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena bahagi masa. Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal, 20 minit lebih awal kena bangun,” katanya dipetik satu portal liberal hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN] Pemuda UMNO: [WAHAI MENTERI, TOLONG JADI CERDIK] Jangan keluar kenyataan yang naikkan kemarahan rakyatPertengahan Oktober lalu sebelas syarikat konsesi lebuh raya mengumumkan kenaikan kadar tol antaranya Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Mengulas lanjut Rahman berkata, kerajaan memperkenalkan tol adalah untuk memendekkan perjalanan namun terpaksa membenarkan konsesi menaikkan kadar tol memandangkan kos untuk penyelenggaraan lebuh raya semakin meningkat.

“Kos untuk menyelanggara ini semakin hari semakin meningkat dan kita tahu bahawa tol tidak naik untuk beberapa tahun dan bila dia naik kita berharap rakyat faham kos itu meningkat,” katanya. -ismaweb

NCCC: 'Inikah kualiti hidup di bandar, Rahman Dahlan?'

Adakah kenyataan menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya bangun awal untuk mengelakkan tol ke tempat kerja sebuah pandangan yang praktikal?

Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan Fomca (NCCC) melihatnya sebaliknya, dengan mengambil kira kualiti hidup di bandar.

“Inilah yang berlaku sebenarnya. Orang yang tinggal di Rawang (dan kerja di Kuala Lumpur) keluar rumah lepas sembahyang Subuh dan balik bila langit gelap (untuk elak kesesakan).

“Inikah kehidupan yang dicadangkan oleh kerajaan?” soal anggota lembaga pusat itu Muhammad Shaani Abdullah (gambar).

NCC sebuah badan bawah Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

PEMUDA UMNO: Jangan keluar kenyataan yang naikkan kemarahan rakyat 

Sebelum ini Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar menasihat Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof agar tidak mengeluarkan kenyataan mengenai isu kenaikan kadar tol yang akan membangkitkan kemarahan rakyat. 

Jamawi berkata demikian dalam forum Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) mengenai kenaikan kadar tol, di Kelana Jaya.

Kata Jamawi, jawapan yang diberikan oleh Fadillah agar pengguna lebuh raya harus mencari jalan alternatif sekiranya tidak mahu membayar tol, merupakan satu kenyataan yang akan membangkitkan kemarahan rakyat.

"Saya kurang berkenan dengan jawapan alternatif ini. Ia (kenyataan itu) akan menaikkan kemarahan rakyat. 

"Lebih bagus, kita jangan keluarkan jawapan seperti kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam, kalau masakan hostel mahal, masak sendiri dan kalau harga tol mahal, jangan guna jalan tol. Tidak boleh begitu jawapannya datuk," katanya .

Pandangan Jamawi itu mendapat tepukan kira-kira 200 orang yang hadir untuk mendengar penjelasan mengenai kadar baru tol yang dinaikkan sejak 15 Oktober lalu.

Fadilah sewaktu sesi soal jawab menjelaskan jika pemandu merasakan kadar baru tol yang dikenakan adalah tinggi, mereka boleh mengambil laluan alternatif.

"Saya melihat semua jalan ini ada jalan alternatif, cuma alternatif itu orang tidak tahu. Sebab itu kita kena tengok smart travel, kalau betul tidak ada (laluan alternatif), beritahu saya. "Jika tidak ada, kita akan minta pastikan jalan itu boleh kita tengok (kaji) dan bagaimana untuk tidak ada tol," kata Fadilah.

Ahli Parlimen Petrajaya itu turut menjelaskan pemandu dari Klang yang berhasrat menuju ke Kuala Lumpur tetap mempunyai jalan alternatif. "Sebenarnya ada jalan dalam. Cumanya jalan dalam itu jauh dan jam (kesesakan lalulintas)," jelasnya.

Sebelum itu, seorang hadirin dari Putrajaya menyuarakan kesulitan yang dihadapinya apabila terpaksa membayar tol apabila hendak menuju ke pusat bandaraya.

Katanya, dari Putrajaya ke Kuala Lumpur tidak mempunyai sebarang jalan altenatif dan harus membayar tol. "Saya nak cerita, carilah jalan yang tidak ada tol dari Putrajaya hendak ke Bangsar, atau Ampang. "Sekarang ini semua sudah naik. Mahu atau tidak, memang kena bayar tol. Kalau boleh carilah jalan dari Klang ke Kuala Lumpur, yang tidak ada tol," keluh hadirin itu.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.