Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MASA UNTUK AZMIN BUKTIKAN KEJANTANAN DIA!!!

SEMUT HITAM
MASA UNTUK AZMIN BUKTIKAN KEJANTANAN DIA!!!
Adakah Si Menteri Besar Selangor tu pun sama juga macam Si Tony Puaka yang dah kehilangan Buah Kerandut bila didesak dan diberi kata dua oleh puak - puak DAPigs tu sebelum ini?

Jika semalam, Si Menteri Besar Selangor tu beri alasan KONONnya desakan dan tekanan yang diberikan oleh puak - puak DAPigs tu hanya mewakili seorang 'Individu'. Bukan keseluruhan parti.


Walupun hakikatnya, desakan dan tekanan tu dibuat dalam konvensyen parti itu terhadap kepimpinan Si Menteri Besar Selangor tu pada ketika ini yang dilihat enggan mengikut telunjuk mereka.

Maka sekali lagi, Si Menteri Besar Selangor tu didesak supaya mengiktiraf kerajaan negeri Selangor kini diterajui oleh Pakatan Harapan, gabungan tiga parti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

Kali ini desakan itu dibuat pula oleh Setiausaha Organisasi DAPigs Selangor, Lau Weng San dalam satu kenyataan yang telah disiarkan dalam laman portal Pro Yahudi, Malaysiakini hari ini.
“Satu fakta yang harus diterima ialah kerajaan Selangor sekarang dipimpin oleh PKR, DAP, Amanah dan PAS. PKR, DAP dan Amanah pula bergabung di bawah Pakatan Harapan.“Oleh itu, menteri besar perlu tegas bahawa kerajaan Selangor sekarang bernama kerajaan Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Annex, Shah Alam hari ini.
Kenyataan Si Lau Weng San itu merupakan kenyataan kedua yang dibuat selepas seorang pemimpin akar umbi DAPigs Selangor turut membuat gesaan yang hampir sama pada hari Ahad.

Semalam, Pengerusi DAPigs Kajang Baru dilaporkan Sinar Harian memberi kata dua kepada Azmin supaya memecat wakil PAS dalam pentadbiran Negeri yang dipimpin pada ketika ini.

Jika tidak, Si Menteri Besar Selangor tu bakal berhadapan dengan tindakan dari kalangan puak - puak DAPigs sendiri yang mengugut untuk keluar dari pentadbiran Rejim Pakatan itu.
“Sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat PAS Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada Kerajaan Selangor. Bagaimanapun terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera,” katanya semasa sesi bahas dalam Konvensyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya.
Dalam pada itu, DAPigs Selangor juga turut mendapat sokongan penuh daripada Setiausaha Agungnya berhubung keputusan parti itu yang mahu bertanding merebut kerusi PAS pada PRU14.

Kesimpulannya, Si Menteri Besar Selangor tu tidak dapat lagi menafikan desakan yang dibuat oleh puak - puak DAPigs ni dengan alasan yang diberikan sebelum ini. Jangan dia ingat rakyat Malaysia ni BODOH macam Macai PKR yang boleh terima sebarang alasan yang diberikan!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.