Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAKINI KANTOI TABUR FITNAH LAGI!!!

SEMUT HITAM
MALAYSIAKINI KANTOI TABUR FITNAH LAGI!!!
Jabatan Peguam Negara menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan perpindahan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Shazalee Abdul Khairi seperti yang dilaporkan.

Twitter rasmi jabatan itu pada lewat malam Isnin memaklumkan bahawa arahan sedemikian tidak dikeluarkan agensi tersebut dan menafikan laporan yang telah disiarkan sebelum ini.

Terdahulu, sebuah portal berita, termasuk Malaysiakini melaporkan bahawa DPP itu diarahkan untuk kembali ke AGC walaupun tempoh pinjamannya dilanjutkan sehingga 2017.

Ahmad Shazalee antara DPP yang terlibat menyiasat kes SRC International, bekas anak syarikat milik 1MDB dimana beliau berkhidmat di bahagian khas operasi SPRM berkata terkejut mengenai arahan perpindahan secara tiba-tiba itu.
"Saya juga terkejut. Saya masih datang ke pejabat SPRM, tiada siapa memberitahu saya apa-apa mengenai arahan perpindahan," kata Ahmad Shazalee pada Isnin.
Pada Ogos lalu, Ahmad Shazalee adalah seorang daripada enam pegawai SPRM yang ditahan polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kebocoran maklumat berkaitan siasatan pasukan petugas khas 1MDB.

Polis menyerbu rumah beliau di Persint 11, Putrajaya dan pejabat Badan Operasi Khas SPRM di Presint 3. Beberapa kotak fail dan komputer riba antara yang dirampas daripada agensi itu.

PS: Kalau dah namanya laman portal macam Malaysiakini tu ditaja oleh Rejim Yahudi, apa lagi yang mampu diorang lakukan selain dari Menabur Fitnah!!! Itu je kerja yang diorang tau buat pun!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.