Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sikap perkauman Cina DAP terserlah, tak undi Melayu duduki jawatankuasa

CELAH GELEGAR
Sikap perkauman Cina DAP terserlah, tak undi Melayu duduki jawatankuasa

SEPERTI diketahui umum, parti dianggotai puak rasis dan cauvinis Cina – DAP – tidak mengundi memilih ahli daripada bangsa Melayu untuk menduduki jawatankuasa peringkat negeri pada Konvensyen Tahunan DAP Selangor di Petaling Jaya, semalam.

Keengganan perwakilan parti yang didominasi oleh kaum Cina untuk mengundi calon Melayu menduduki kerusi jawatankuasa pada konvensyen itu jelas menunjukkan bahawa parti berkenaan lebih bersifat perkauman dan menolak Melayu menjadi pemimpin mereka.

Namun, bagi melenyapkan suara-suara yang mengatakan parti itu bersifat perkauman kerana tidak mengundi Melayu, DAP melantik tiga pemimpin Melayu menduduki kerusi jawatankuasa berkenaan.

Kita percaya pelantikan Dr Abdul Aziz Bari, Young Syefura Othman dan Pengerusi DAP Bandar Utama, Edry Faizal Eddy Yusof, hanya ‘wayang’ dalam usaha menarik lebih ramai orang Melayu menyertai parti itu sekali gus memberi sokongan kepada DAP.

Yang penting dan perlu diingat ialah perwakilan Cina DAP pada konvensyen itu tidak memilih ketiga-tiga Melayu yang menjadi calon ketika proses pembuangan undi, sebaliknya tiga Melayu itu dilantik menduduki kerusi berkenaan.

Usahlah memberi alasan ketiga-tiga Melayu itu ‘orang baru’ dan tidak dikenali ramai, maka sebab itu mereka tidak terpilih. Jika benar, Cina DAP tidak bersifat perkauman pastinya perwakilan sekurang-kurangnya mengundi seorang daripada tiga calon itu.

Ini tidak! Mereka menolak ketiga-tiga calon kerusi Jawatankuasa DAP Selangor yang menggunakan nama Edry Faizal Eddy Yusof, Mohamad Samat dan Nor Miswary Ramli bertanding.
Alasan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, kononnya perwakilan tidak mengenali calon-calon Melayu itu hanyalah ‘pemanis mulut’ supaya masyarakat tidak melihat DAP adalah sebuah parti cauvinis dan perkauman.

Sedangkan, perwakilan bertindak sebaliknya, menunjukkan sikap ultra kiasu sebenar dengan tidak mengundi calon Melayu menjadi pemimpin mereka.

Saya pernah mengatakan bahawa jika mengikut sejarah, apa sangatlah ‘semangat’ ahli dan penyokong parti berasaskan kaum Cina ini dalam mengisi kemerdekaan negara. Di manakah mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan, berperang menentang Jepun dan menuntut Tanah Melayu dimerdekakan daripada British?

Ini bertepatan dengan kata-kata seorang penulis Cina:

“Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat.

“Tetapi orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu. Mana-mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik”
Pandangan ini diutarakan oleh bukan saja seorang penulis tetapi beliau juga seorang ahli perniagaan yang berasal dari China, Ye Lin-Sheng dalam The Chinese Dilemma – East West Publishing, Australia, 2003.
Lin-Sheng mempunyai perniagaan di Malaysia, Hong Kong, Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat.

Antara lain, penulis itu mengatakan bahawa kaum Cina tidak akan mengakui bahawa kepemimpinan bangsa Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial.
Orang Cina katanya, jarang menyifatkan kejayaan Malaysia adalah hasil daripada orang Melayu. Apa yang ada di minda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini adalah kerana orang Cina. Sebab itu orang Cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan Cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrem ini.
Lin-Sheng juga menulis:

“Sudahlah mereka bersusah payah berjuang bermati-matian untuk membebaskan diri dari jajahan Barat. Sekarang mereka perlu bersusah payah pula untuk merampas dari orang Cina yang memegang kuasa ekonomi di tanah airnya. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana mereka sudah diberi peluang untuk mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari negara China berasa malu dengan sikap bangsa saya sendiri yang tinggal di Malaysia. Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina Malaysia terlalu keras, ekstrem serta perkauman.

“Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak lagi menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis sehingga kini. Sebenarnya jujur saya mengatakan orang Cina Malaysia sedang menjajah orang Melayu… Mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh mereka yang nyata”.

Melayu dalam DAP itu hanya menjadi boneka yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk ‘bercakap Melayu dengan fasih’ kerana puak ultra kiasu ini kurang pandai berbahasa Melayu, malah dialog mereka juga lintang- pukang.

Sebagaimana dikatakan oleh pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, yang loya mendengar Ahli Parlimen puak ultra kiasu itu tidak fasih berbahasa Melayu:

“Haiyaa…ini maciam pun ada, manyak susah wooo. Bulung-bulung pun telebang di angkasee…”.

Atau, Melayu dalam DAP ini hanya berguna pada masa pilihan raya diadakan untuk mempengaruhi pengundi Melayu.

Begitu juga sekarang ini, DAP mempunyai ‘kerbau’ yang boleh dicucuk hidung dalam usaha mereka memecahbelahkan perpaduan Melayu.

Namun, hakikatnya walaupun ada Melayu yang menganggotai jawatankuasa DAP peringkat negeri atau kebangsaan, mereka tidak akan mampu bersuara mempertahankan Melayu, apa lagi menegakkan hukum Islam.



Razali bin Zakaria
Pengarang Kanan Ismaweb.net

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.