AMIE'S LITTLE KITCHEN
Melayan Peminat Nasi Lemak Cilik!
Selamat berhujung minggu....
Sarapan pagi.
Jom layan nasi lemak!
Pukul 3 petang:
Ato aaajiimmm mintak cucu....! Kata Firdaus.
Maksudnya : Astaghfirullahalaziimmm.... minta susu.
Itu tandanya dia dah nak tidur!
Sebotol susu 240ml tersedia untuknya, dengan bantal busuknya!
Penat bermain dari pagi, asyik minta pakaikan beg sandang di belakangnya... katanya nak pergi sekolah. Siap salam peluk cium dan minta duit saku lagi!
Atolaekom... (Assalamualaikum)
Pigi tola... bya bye... (Pergi sekolah... bye..bye..)
Atolaekom... (Assalamualaikum)
Pigi tola... bya bye... (Pergi sekolah... bye..bye..)
Oh! Firdaus...
Rasanya... baru kelmarin balik ke rumah membawanya pulang dari hospital. Rasanya.... baru sahaja melahirkannya ke dunia.... Rasanyaaa....
Gambar diambil pada 23 Mac 2013, sehari selepas kelahirannya pada 22 Mac 2013.
Gambar diambil pada 19 Mei 2013 di Pelabuhan Labuan ketika menghantar Farid melapor diri di Kolej Matrikulasi Labuan.
Sekarang dia sudah membesar.... Hari ini tepat usianya 2 tahun 8 bulan!
Dan salah satu menu kegemarannya.... nasi lemak!
Kita belanja gambar-gambar Firdaus menikmati nasi lemak di bawah ini.
Semalam...
Encik Suami mengingatkan : Mommy tak dengarkah Firdaus asyik sebut nasi lemak?
Ooo...iyooo...dengar!
Kata Firdaus : Nacik emak...nacik emak!
Jadi, di hari minggu yang redup, dan agak sukar tolak selimut, kita pun merajinkan diri menyediakan nasi lemak seadanya buat anak-anak yang disayangi!
Firdauslah yang paling tak sabar nak makan nasi lemak! Entah berapa kali menjenguk ke dapur... agaknya nak tanya: Bila boleh makan nasi lemak? Haaa... sekarang dah siap. Abang-abangnya yang sibuk melayan di meja. Dia pun baca doa makan dengan suaranya yang masih pelat-pelat tak berapa patah.
Selesai baca doa makan... amin!
Agaknya apa yang difikirkan Firdaus ketika ini?
Mana satu agakya yang hendak disentuh terlebih dahulu?
Nasi lemak?
Telur rebus?
Ikan bilis goreng?
Kacang tanah goreng?
Mentimun?
Atau sambal?
Dia sentuh apa tu?
Ooo... telur rebus.
Lepas tu dia cicah telur rebus dengan sambal. Terus bawa ke mulut... nyum..yummm.
Kemudian dia ambil ikan bilis goreng. Sama juga...cicah dengan sambal dan terus kunyah!
Barulah dia sentuh nasi lemak!
Agaknya dia nak tahu sambal tu pedas atau tidak...boleh ke dia makan!
Dan seterusnya....
Dengan penuh perasaan,
dan penuh seleranya.
Suapan demi suapan...
Betullah kata Encik Suami:
Firdaus suka makan nasi lemak!
Dari tadi asyik tundukkan kepala.
Sekarang baru nampak mukanya.
Sebab apa?
Sebab minta tambah sambal!
Sambal tu tak pedas, kata Fuad dan Fairuz.
Memang kita sengaja buat tak pedas. Kita pilih cili kering yang tak berapa pedas.
Sekian.
Ini sahajalah cerita untuk hari ini.
Untuk Encik Suami yang terpaksa siapkan kerjanya hingga ke petang ini, dan tak sempat sarapan dengan Firdaus.... Mommy sudah masakkan nasi lemak untuk anak-anak kesayanganmu!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.