SEMUT HITAM
MENANGIS "AIR MATA DARAH" PUN TAK GUNA!!!
Teringat pulak skrip filem 'Ibu Mertuaku', "Buat apa kau menangis disini? Anak tak tau malu! Pergi la kau main musik disana!!!". Begitu la lebih kurang hinanya orang Melayu ni.
Sampai tahap kena menangis dan merintih semata - mata nak mintak pembelaan dari Rejim pimpinan DAPigs walaupun berada di tanah tumpah darah mereka sendiri. Memalukan sungguh!
Baru-baru ini, Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin menarik perhatian ramai di seluruh negara apabila menangis-nangis sambil merayu kepada pihak Kerajaan DAP yang diketuai Lim Guan Eng di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Sebelum-sebelum ini, memang jarang sekali kita dapat melihat insiden yang membabitkan 'drama' tangis-menangis seperti itu dalam mana-mana sidang DUN di negeri-negeri di dalam Malaysia. Kerana itulah mungkin insiden itu menarik perhatian ramai.
Kenapa dia menangis dan merayu? Norlela menangis kerana dia sudah berkali-kali meminta bantuan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membantu rakyat marhain di DUN Penanti yang sering derita akibat dilanda banjir setiap kali musim hujan.
Kita semua maklum bahawa boleh dikatakan majoriti rakyat di Penanti itu adalah masyarakat Melayu yang berpendapatan sederhana dan kurang berkemampuan. Apa yang Norlela rayukan itu adalah supaya Guan Eng beri sedikit bantuan untuknya mengatasi masalah banjir di sana.
Menariknya, ketika pembentangan Bajet 2016 Pulau Pinang yang lalu, Guan Eng dengan bangganya mengumumkan peruntukan lumayan berjumlah RM31.93 juta di kawasan elit di sebelah pulau berkenaan. Penanti dan kawasan Melayu habuk pun tiada.
"Mungkin kerana tekanan sebegitulah yang menyebabkan Norlela menangis. Dia tahu bahawa DUN Penanti ramai orang PAS. Dia menang disitu pun katanya dulu banyak dibantu orang PAS tempatan. Mungkin dia pun takut hilang undi jika Guan Eng tidak penuhi permintaannya."Cuma yang menjadi persoalannya, sampai bila Norlela mahu terus merayu-rayu dan menyembah Guan Eng? Sudah bertahun-tahun 'dibuli' Guan Eng ditanah tumpah darahnya sendiri, apakah Norlela masih lagi mahu 'kowtow' padanya? - lapor UtaranewsPokok pangkalnya, begitulah keadaan orang Melayu sebenarnya bila mereka berada dibawah kepimpinan puak - puak DAPigs yang sekadar 'Wayang' nak membela nasib orang Melayu.
Hakikatnya, orang Melayu ni hanya ibarat sampah bagi puak - puak DAPigs tu dan sekacar layak untuk menjadi 'Hamba Suruhan' mereka sahaja. Itu baru memerintah Negeri. Belum memerintah Negara lagi.
Cuba bayangkan, jika permintaan seorang Adun PKR yang duduk di sebelah kerajaan untuk membantu rakyat di kawasannya pun tidak dipedulikan Guan Eng, apakah 'Khalifah' itu akan membantu rakyat di kawasan PAS dan BN? Jangan mimpilah!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.